- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
SKIM SUKAN AWAM PULAU PINANG 2030 (SAP2030)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Career Athlete & Education (PACE) telah meluluskan Skim Sukan Awam Pulau Pinang 2030 (SAP2030). Skim SAP2030 ini merupakan satu skim sukan tambahan yang dikenali bagi tujuan meraihkan kecemerlangan dan pencapaian individu-individu dari negeri Pulau Pinang dalam kejohanan sukan, selain daripada kejohanan bertemasya antarabangsa seperti yang telah ditetapkan dalam Skim Insentif Kebangsaan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, atau dikenali sebagai SKIMAS, yang wajar dipertimbangkan untuk pemberian insentif dan pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
SAP2030 diwujudkan untuk memberi dorongan positif dan memberi penghargaan kepada golongan individu, yang atas inisiatif dan tanggungan sendiri, telah menyertai dan mencapai keputusan yang cemerlang serta mengharumkan nama baik negeri Pulau Pinang dalam kejohanan yang melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah negara.
SAP2030 berobjektif untuk mencapai matlamat seperti berikut:
- Menyemarakkan pembudayaan sukan yang cemerlang di kalangan masyarakat Pulau Pinang selain sukan berprestasi tinggi;
- Dijadikan platform untuk memperluaskan pengumpulan data atlet sukan Pulau Pinang dari multi disiplin sukan; dan
- Menjadi peransang dan motivasi semangat dalam meningkatkan daya juang atlet-atlet muda dalam sukan yang diceburi bagi menjadi seorang juara.
Pemohon perlu mematuhi syarat kelayakan seperti yang telah digariskan dalam Borang Permohonan di pautan berikut:
>>> Klik disini untuk muat turun Borang Permohonan Skim Sukan Awam Pulau Pinang 2030
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit PACE di talian 04 - 659 3713/ 14 /15 atau emel kepada pace.msnpp@gmail.com.
TAHNIAH KEPADA RACHEL YEOH!
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan tahniah & syabas kepada atlet gimnastik artistik Pulau Pinang yang telah dipilih sebagai Atlet Terbaik Negara di Sukan Sea Hanoi, Vietnam 2022 dengan pencapaian pungutan pingat sebanyak 2 Emas & 1 Gangsa.
"Sesungguhnya kejayaan manis ini hasil dari peritnya usaha".
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan penyunting semangat buat atlet-atlet yang lain.
Artikel-artikel lagi...
- CERAMAH POLISI ANTI-RASUAH BERSAMA PERSATUAN SUKAN NEGERI
- PENANG JUNIOR CHAMPIONS SIRI 1/2022
- PERMOHONAN BANTUAN IPT MSNPP PACE TAHUN 2021 - Terkini pada 16 November 2021
- Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan & Biasiswa Sukan PACE pada 8 November 2021
- Be Active, Be Sportive, Jom Exercise
- Sports For All : Sukan Untuk Semua : Klinik Wushu Untuk Semua
- PSSC to hire about 200 part-time Junior Coaches
- Syabas "The Pocket Rocketman"
- Sukan Olimpik Tokyo 2020
- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Peringkat Pulau Pinang Fasa 2