Fungsi Unit
UNIT PENTADBIRAN DAN OPERASI
- Memastikan segala urusan pentadbiran dan kewangan jabatan dilaksanakan dengan efektif bagi menjayakan visi jabatan.
- Merancang dan mengurus hal ehwal kewangan yang berkaitan dengan fungsi jabatan.
- Mengurus, merekod dan menyelenggara semua asset dan stok bawah seliaan jabatan.
- Merancang, menyelaras dan mengurus segala aspek berkaitan sumber manusia.
- Mengurus dan memantau segala bangunan di bawah pengurusan dan penyeliaan jabatan.
- Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
UNIT KEWANGAN
- Memastikan segala urusan pentadbiran dan kewangan jabatan dilaksanakan dengan efektif bagi menjayakan visi jabatan.
- Merancang dan mengurus hal ehwal kewangan yang berkaitan dengan fungsi jabatan.
- Mengurus, merekod dan menyelenggara semua asset dan stok bawah seliaan jabatan.
UNIT PEMBANGUNAN ATLET MUDA & AKAR UMBI
- Mengurus segala urusan penyediaan atlet peringkat akar umbi sekaligus menjadi saluran kepada sukan prestasi tinggi.
- Mewujudkan program pencarian bakat atau talent identification yang berkesan untuk memperluaskan dan menguatkan pangkalan atlet muda.
- Mensistematik pelaksanaan program pembangunan bermula dari peringkat akar umbi (7-12 tahun), Bakat (12 – 15 tahun) dan Pelapis (16 – 17 tahun).
- Menjalinkan ikatan Kerjasama dan perhubungan dengan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri untuk membangkit penyertaan daripada murid-murid di peringkat sekolah rendah.
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI
- Mengurus segala urusan penyediaan kontingen negeri Pulau Pinang ke Sukan Malaysia
- Mewujudkan strategi pengukuhan sukan berprestasi tinggi yang berjangka Panjang
- Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Malaysia secara berkala bagi persediaan untuk menghadapi Sukan Malaysia
- Memantau dan menilai prestasi sukan prestasi tinggi melalui keputusan pertandingan serta laporan persatuan sukan negeri dan jurulatih
- Melaksanakan tugasan urusetia dan sekretariat Sukan Malaysia untuk jabatan
- Merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan berprestasi tinggi
UNIT KERJAYA, PENDIDIKAN & KEBAJIKAN (PENANG ATHLETE CAREER & EDUCATION - PACE)
- Mewujudkan dan menyediakan platform untuk mencari peluang-peluang dan program yang dijadikan sebagai asas dalam memberikan keyakinan kepada atlet-atlet negeri dan bekas atlet dari segi jaminan masa hadapan mereka.
- Merancang dan mewujudkan bantuan-bantuan khusus kepada atlet negeri dalam tiga aspek utama iaitu (1.) Pendidikan (2.) Kebajikan dan (3.) Kerjaya.
- Mewujudkan perjalinan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam membuka peluang dan laluan khas kepada atlet negeri dalam ketiga-tiga aspek utama di bawah Unit PACE.
UNIT KEJURULATIHAN DAN PENGURUSAN SUKAN
- Melantik jurulatih yang bertauliah, berkemahiran tinggi dan berpengalaman di bawah program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
- Memantau dan menilai prestasi jurulatih secara berkala untuk memastikan KPI jurulatih dicapai.
- Mempelbagaikan usaha untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kejurulatihan melalui penganjuran kursus-kursus pembinaan dan program pembangunan jurulatih.
- Mewujudkan landasan kerjaya jurulatih yang progresif dan dinamik.
- Mengurus dan menjalinkan kerjasama bersama dengan Persatuan Sukan Negeri di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
- Memperluaskan penglibatan pemegang taruh dan pihak-pihak berkepentingan secara menyeluruh dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sukan negeri.
- Membantu dalam pemantapan pengurusan dan pentadbiran persatuan sukan negeri agar selari dengan peranan Akta Pembangunan Sukan 1997.
- Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Ahli Majlis, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
UNIT SAINS & PERUBATAN SUKAN
- Memberi penekanan terhadap peningkatan keberkesanan latihan dalam sukan berpandukan teknologi serta konsep sains sukan yang terkini.
- Menubuhkan pusat maklumat yang mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat berkaitan sains sukan kepada jurulatih dan atlet negeri.
- Meneliti perkembangan sains sukan yang digunapakai oleh lain-lain agensi sukan tempatan ataupun kajian yang diperolehi dari luar negara.
- Merancang, melaksanakan dan menilai ujian prestasi kecergasan atlet secara berkala.
UNIT SUKAN UNTUK SEMUA (SPORTSFORALL)
- Melaksanakan klinik-klinik sukan dibawah inisiatif Jawatankuasa MMK Belia & Sukan bagi mewujudkan platform pengenalan sukan yang membolehkan anak-anak muda peringkat akar umbi serta bakat-bakat baru Pulau Pinang untuk mengenali, mencuba, dan merasai dengan sendiri akan jenis-jenis permainan yang diperkenalkan pada setiap bulan dengan harapan ianya akan mendekatkan mereka dengan sukan ini dan menjadi bakal juara baharu di masa hadapan.