PERASMIAN AKADEMI ESPORTS NEGERI PULAU PINANG

Akademi tersebut akan dibuka khusus kepada sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang yang berminat untuk mengenali dan menghidupkan kelab sukan elektronik di sekolah masing-masing. Sekolah-sekolah seperti ini boleh berhubung dengan pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menjalani program pengenalan "Game On : Esports The Right Way" melalui tempahan secara atas talian di pautan seperti di bawah. Di samping itu, akademi ini juga akan melaksanakan program-program pendidikan serta menganjurkan pertandingan dari semasa ke semasa. Ia akan beroperasi pada setiap hari Rabu hingga Ahad dari jam 1.00 tengahari sehingga 9.00 malam melalui tempahan awalan dan dihadkan tempoh penggunaannya dalam lingkungan 1 jam 30 minit.

Tempahan bagi slot program "Game On : Esports The Right Way" boleh dibuat melalui pautan seperti berikut:

https://forms.gle/8CoVionjdG54JYim7

Impian Negeri Pulau Pinang untuk memiliki Akademi Sukan Elektronik dapat direalisasikan dengan jayanya pada hari ini setelah majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow, yang turut dihadiri oleh Tuan Soon Lip Chee - Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En.Harry Chai Heng Hua - Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Dr. Gwee Sai Ling - Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dan En. Mohamad Khir bin Md. Noor - Presiden Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang.