LATEST NEWS

MAJLIS 100 HARI COUNTDOWN SEMPENA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXI, SARAWAK 2024 - KONTINJEN SUKMA NEGERI PULAU PINANG

Dengan baki hanya 100 hari lagi, Sukan Malaysia ke-21 Sarawak 2024 bakal menjelang tiba tidak lama lagi, iaitu dari 17 hingga 24 Ogos di Wilayah Sarawak yang sinonim dengan panggilan Bumi Kenyalang, Land of the Hornbills.
 
Pada tahun ini di dalam SUKMA edisi ke-21 ini, sebanyak 37 jenis sukan melibatkan 488 acara yang terdiri dari 236 acara lelaki, 217 acara wanita, 35 acara campuran akan dipertandingkan bagi merebut pingat-pingat emas yang ditawarkan dan menyaksikan atlet yang berjaya itu nanti bakal dinobatkan sebagai atlet terbaik negara dari sukan-sukan yang dipertandingkan di Malaysia.
 
 
Kontinjen SUKMA Negeri Pulau Pinang bakal mengambil bahagian dalam 36 jenis sukan dengan penyasaran kepada usaha untuk melombong sejumlah 40 butir pingat emas yang menjadi sasaran negeri.
 
 
Rakan Strategik Agensi Angkat Kontinjen Negeri Pulau Pinang pada bulan Ogos nanti iaitu dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) yang bakal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kontinjen Negeri Pulau Pinang dalam mempermudahkan segala urusan logistik, pengurusan kontinjen, pergerakan dalaman secara langsung semasa keberadaan Kontinjen SUKMA Pulau Pinang di Wilayah Sarawak nanti.
 
Semoga atlet-atlet SUKMA Pulau Pinang akan mampu mengharumkan nama Pulau Pinang dan bendera Negeri untuk berkibar di setiap pentas podium kemenangan di semua sukan-sukan yang disertai nanti.
 
 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

 
“Yang jauh itu waktu, Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu, Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling memaafkan”
 
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
mengucapkan
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
dengan Ingatan tulus ikhlas
 
DARIPADA PENGARAH DAN SELURUH WARGA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG