Penukaran Logo Korporat MSNPP 2015

MSN Approved Design 2015

Adalah dimaklumkan bahawa logo korporat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah dipinda kepada rekabentuk baru secara rasminya berkuatkuasa pada 11 September 2015. Penukaran ini adalah bertujuan untuk memacu kegemilangan serta pembentukan imej organisasi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ke arah pencapaian sebagai sebuah agensi sukan yang tersohor di peringkat negara dan antarabangsa.

Dengan berkuatkuasanya pemindaan ini, logo terbaru ini akan menggantikan penggunaan logo asal terdahulu. 

Kejohanan Floorball Piala Merdeka

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Floorball Lelaki dan Wanita Pulau Pinang yang telah menjuarai kedua-dua kategori Kejohanan Floorball Piala Merdeka yang telah dilangsungkan pada 4 hingga 6 September 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Luyang, Kota Kinabalu Sabah. 

Pasukan Lelaki Pulau Pinang telah menduduki tempat pertama antara 6 buah negeri yang mengambil bahagian iaitu Sabah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Perak dengan memenangi kesemua perlawanan yang dilangsungkan.

Manakala Pasukan Wanita Pulau Pinang turut mengecapi kejayaan yang sama apabila memenangi 3 daripada 4 perlawanan yang disertai menewaskan Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.merdekacup.com