- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Kejohanan Badminton Dunia 2015
Kalau selama ini Istora Senayan menjadi gelanggang bertuah buat Chong Wei yang memenangi lima gelaran Terbuka Indonesia, kali ini ia menyaksikan impiannya menjulang gelaran dunia gagal diulangi sebaik tewas 14-21, 17-21 dalam masa 65 minit.
Ini mungkin penampilan terakhir Chong Wei, 33, di Kejohanan Dunia kerana tidak mungkin beraksi pada edisi akan datang pada 2017 kerana ia tidak dipertandingkan pada tahun Sukan Olimpik dilangsungkan iaitu tahun depan.
Walaupun Chong Wei cuba bangkit dalam set kedua, namun ketangkasan Chen Long tidak dapat disangkal oleh Chong Wei.
"Saya akui Chen Long bermain dengan luar biasa pada hari ini, saya tidak dapat berbuat apa-apa walaupun telah lakukan yang terbaik dan mengubah rentak permainan," katanya.
Chong Wei berkata, dia memahami harapan tinggi yang diletakkan rakyat Malaysia tetapi menegaskan kekecewaan itu tidak akan membuatkannya putus asa dalam memburu satu lagi kejuaraan utama yang belum pernah dimilikinya iaitu pingat emas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.
"Saya tidak akan berputus asa, saya akan sertai beberapa kejohanan lagi tahun ini dan fokus sekarang ialah untuk layak ke Sukan Olimpik tahun depan dan saya akan cuba lakukan sesuatu jika berpeluang bertemu Chen Long lagi," katanya.
Untuk rekod, ini adalah final kejohanan utama kelima dalam tempoh lima tahun buat Chong Wei sejak 2011 yang menyaksikannya kecundang di tangan pemain China.
Bagi Kejohanan Dunia 2011 dan 2013, dia tewas kepada Lin Dan, begitu juga di final Sukan Olimpik 2012, manakala Chen Long menjadi penghalangnya di Kejohanan Dunia 2014 dan tahun ini.
Begitupun pingat edisi 2014 ditarik balik selepas Chong Wei gagal dalam ujian doping yang menyaksikannya digantung lapan bulan.
Jurulatih negara, Hendrawan pula berkata, Chong Wei telah melakukan yang terbaik dan walaupun cuba memberi tekanan kepada Chen Long dalam set kedua, lawannya itu mempunyai semangat yang kental.
"Sekarang kita harus mencari jalan untuk meningkatkan lagi taktikal dan ia bukanlah satu perkara yang mudah, saya mohon maaf atas kekalahan ini," katanya.
Beliau berkata, taktik dan rentak permainan Chong Wei sentiasa berubah bagi membolehkannya menunduk lawan sejak pusingan awal Kejohanan Dunia itu tetapi pada hari ini, keadaan lebih memihak kepada Chen Long.
Sumber : http://www.astroawani.com/berita-sukan/impian-lee-chong-wei-tidak-kesampaian-70078