Tahniah Goh Jin Wei - Badminton

16 November 2015, Pulau Pinang - Syabas dan tahniah kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara Dato' Lee Chong Wei dan pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei yang telah memenangi Kejohanan Badminton Terbuka China di Fuzhou, China dan Kejohanan Badminton Yonex BWF Remaja Dunia di Lima, Peru pada 15 November 2015.

Kemenangan berganda oleh kedua-dua jaguh sukan badminton Pulau Pinang ini telah melonjakkan kedudukan ranking dunia Dato' Lee Chong Wei ke tangga ke-9, manakala Goh Jin Wei berada di tangga ke-5 ranking pemain badminton wanita remaja dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua atlet Pulau Pinang ini yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di pentas sukan antarabangsa.

Kemenangan Dato' Lee Chong Wei di Fuzhou, China menewaskan pemain nombor satu dunia Chen Long secara straight set dengan kiraan 21-15, dan 21-11 telah juga mencatat rekod baru dimana beliau merupakan satu-satunya pemain yang berjaya memenangi keseluruhan Liga Super Series untuk acara badminton ini.

Bagi pemain wanita yang berusia 15 tahun, kejayaan beliau menewaskan rakan seperjuangan Lee Ying Ying, juga dengan kemenangan set straight 21-15, 21-16 di Peru, Lima sememangnya menyemarakkan lagi pentas sukan Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya.

Selamat Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga sukan Pulau Pinang terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu. Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan menyinari kesejahteraan hidup dan nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan persahabatan semua atlet-atlet negeri Pulau Pinang.