CEO INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) BAHARU 2016

DR Khairi

BUKIT JALIL, 15 JANUARI 2015 – Institut Sukan Negara menyambut baik ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu iaitu YBrs. Dr. Mohd Khairi bin Zawi yang memulakan tugas beliau berkuatkuasa hari ini.

Dr. Mohd Khairi, 53, warganegara Malaysia yang dilahirkan di Singapura mempunyai pengalaman yang luas dalam industri sukan serta memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kawalan Motor Manusia dan Biomekanik Sukan dari Universiti Queensland, Australia pada 1998.

Sebelum berkhidmat di ISN, beliau merupakan Ketua Program Siswazah (Doktor Falsafah) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga pernah berkhidmat selama 17 tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan bertanggungjawab mengasas Akademi Sukan serta Jabatan Pengajian Sukan di Fakulti Pendidikan universiti itu.