Informasi Sukan Terkini

MSNPP/ISNPP - Simposium Sains Sukan 2015

simposiumsukan2015

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Sukan Negara Pulau Pinang akan menganjurkan Simposium Sains Sukan 2015 bertemakan "Training Right, Training Young" yang akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober 2015 bertempat di Laurel Ballroom, Hotel Evergreen Laurel, Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Satelit ISN Pulau Pinang di talian 04-6606032/6606033. Klik di sini untuk Muat Turun Flyer 

Penukaran Logo Korporat MSNPP 2015

MSN Approved Design 2015

Adalah dimaklumkan bahawa logo korporat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah dipinda kepada rekabentuk baru secara rasminya berkuatkuasa pada 11 September 2015. Penukaran ini adalah bertujuan untuk memacu kegemilangan serta pembentukan imej organisasi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ke arah pencapaian sebagai sebuah agensi sukan yang tersohor di peringkat negara dan antarabangsa.

Dengan berkuatkuasanya pemindaan ini, logo terbaru ini akan menggantikan penggunaan logo asal terdahulu.