Kejohanan Karate WKF Karate 1 Premier League Dubai 2016

Tahniah kepada Atlet-Atlet Karate Negara dan Pulau Pinang yang berjaya memenangi pingat di Kejohanan Karate WKF Karate 1 Premier League 2016 bertempat di Dubai.

Emas - Kata Berpasukan Lelaki
(Emmanuel Leong, Hoe Thomson, Ivan Oh)
Perak - Kata Berpasukan Wanita
(Celine Lee, Thor Chee Yee, Khaw Yee Voon)
Gangsa- Kata Individu Wanita (Celine Lee)

Emas - Kata Kadet Lelaki (Ernie Tye)
Emas - Kata Kadet Wanita (Charlene Cheung)
Gangsa - Kata Kadet Lelaki (Yong Kojiro)
Gangsa - Kata Lelaki Remaja (Ooi San Hong - SUKMA Elit Pulau Pinang)
Gangsa - Kata Wanita Remaja (Ariana Lim - SUKMA Elit Pulau Pinang)

Goh Jin Wei muncul Juara Kejohanan Antarabangsa Orleans


Kuala Lumpur, 3 April 2016: Sensasi muda negara Goh Jin Wei (gambar) terus mempamer aksi cemerlang pada pentas antarabangsa apabila berjaya muncul juara Kejohanan Antarabangsa Orleans di Perancis semalam.

Pemain berusia 16 tahun itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menewaskan wakil Indonesia Fitriani 15-21, 21-10, 21-7 pada perlawanan akhir selama 56 minit itu.