Pencalonan Anugerah Sukan Negara 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara akan mengelolakan Upacara Anugerah Sukan Negara 2014 yang dijangka akan diadakan pada bulan April 2015. Tarikh sebenar akan dimaklumkan sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada pihak Istana Negara. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dijadualkan berkenan berangkat hadir ke majlis tersebut.

Tahniah Dato' Ahmad Shapawi

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, Dato' Ahmad Shapawi Hj Ismail atas penganugerahan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ oleh Kebawah DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang, Kuala Lumpur pada 5 Februari 2015.