Biasiswa Sukan IPT Kementerian Pendidikan Malaysia


Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta dan Politeknik. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.     

Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

Tarikh Mohon:  1 Julai 2014 - 31 Julai 2014
Pemohonan Dibuka Kepada: Atlet Pelajar sedia ada di IPT / pelajar baru yang telah mendapat surat tawaran kemasukan ke IPT

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://biasiswa.moe.gov.my/sukan/