Le Tour de Langkawi Malaysia 2023 kembali lagi dengan edisi ke-27 yang bertemakan “Beat the Heat”!

Tema tahun ini merupakan kesinambungan daripada tema tahun-tahun lalu iaitu “The Heat is On” pada tahun 2013 dan “The Heat is Back” pada tahun 2014, yang mencerminkan ujian getir menanti pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.

 

Trek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang berjaya menarik penyertaan pasukan-pasukan profesional dari seluruh dunia.


Bukit Mertajam, Pulau Pinang dipilih dalam acara pelepasan peringkat 4, perlumbaan basikal tahun ini dimana jarak kayuhan sepanjang 140.0km dari Bukit Mertajam-Meru Raya. Peringkat 4 akan berlangsung pada hari Selasa, 26 September 2023 dan pada jam 8.30 pagi di Kompleks Sukan MBSP, Bukit Mertajam.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini dengan suara sorakan anda. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500 sehingga RM3000 dengan menyertai pertandingan sorakan “Voice of LTdL” kategori kampung dan kategori sekolah yang akan dijalankan sepanjang kayuhan tersebut.

Kriteria:
- Terbuka kepada semua kampung yang berada dilaluan LTdL 2023.
- Persembahan berdasarkan kreativiti sendiri.
- Pertandingan ini akan diadili oleh pihak LTdL selepas acara perlumbaan.
- Persembahan perlu direkod, dimuatnaik dan di tag kepada laman sesawang berikut
Cavalcade Le Tour De Langkawi (Facebook)
Cavalcade.ltdl (Instagram)
Cavalcade.ltdl (Tiktok)
- Keputusan juri-juri adalah muktamad.

Imbas QR kod di bawah untuk mengikuti segala perkembangan dan berita terkini berkaitan Le Tour De Langkawi Malaysia 2023 yang akan berlangsung selama 8 hari dari tarikh 23 hingga 30 September 2023.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Ayuh beramai-ramai kita saksikan Le Tour de Langkawi Maalaysia 2023, Peringkat 4 di Stadium Sukan MBSP, Bukit Mertajam dan tunjukkan sokongan anda kepada peserta-peserta kayuhan negara!

Sekalung Tahniah YB. Daniel Gooi Zi Sen atas pelantikan sebagai Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Sekalung Tahniah YB. Daniel Gooi Zi Sen atas pelantikan sebagai Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
 
Dengan pelantikan ini, semoga negeri Pulau Pinang dapat meneraju sukan sebagai jambatan untuk lebih bersatu padu dan saling memahami. Jadikan sukan sebagai pentas untuk kita sama-sama mengharumkan nama negara.
 
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.