𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟏𝟗-𝟐𝟎𝟐𝟐
Setinggi- tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah pada malam Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2019-2022.
Berikut merupakan senarai pemenang dalam kategori yang telah dipertandingkan :

(Biliard & Snuker)

(Karate-Kata)










Malam Anugerah Sukan Negeri Pulau Pulau ini merupakan manifestasi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada para atlet, para jurulatih, tokoh pemimpin serta semua penggerak sukan negeri atas kejayaan, kecemerlangan, komitmen dan khidmat bakti yang disumbangkan bagi menaikkan nama negeri Pulau Pinang dan Malaysia dalam arena sukan negara dan antarabangsa.

Pengiktirafan ini akan menjadi obor pembakar semangat kepada seluruh penggiat sukan negeri Pulau Pinang untuk terus aktif di dalam memberi sumbangan yang tidak terhingga terhadap kemajuan sukan negeri khususnya, dan negara secara amnya.

Sesungguhnya, pucuk pimpinan negeri sentiasa prihatin, mengambil tahu dan saban kali turun ke padang untuk bersama-sama memacu arus pertumbuhan pembangunan sukan negeri Pulau Pinang.
Berpaksikan kepada visi 2030, Pulau Pinang yang memberi penekanan kepada pembangunn keluarga dalam negeri yang hijau dan pintar telah dijadikan panduan serta wadah tunjang hala tuju untuk membangunkan sukan negeri seiring dengan halatuju kerajaan negeri untuk mentadbir negeri ini dalam tempoh 7 tahun akan datang.

Syabas kepada mereka yang telah menempa nama di arena sukan tanah air dan para pemenang yang telah dipilih pada malam ini.
Tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini.
#Terpantas,Tertinggi,Terkuat-Bersama!