Kenyataan Media Mengenai Pencapaian Sukan SEA Ke-28 Singapura oleh YB EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

TAHNIAH KEPADA ATLET-ATLET PULAU PINANG YANG TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DAN NEGERI PULAU PINANG DI KEJOHANAN SUKAN ASIA TENGGARA (SEA GAMES) KE-28 SINGAPURA PADA 5 JUN HINGGA 16 JUN 2015

8 Julai 2015 - Terlebih dahulu, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Kontinjen Negara yang telah memenangi sebanyak 62 Pingat Emas, 58 Pingat Perak dan 66 Pingat Gangsa di Kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA Games) ke-28 yang telah berlangsung di Singapura pada 5 hingga 16 Jun 2015 yang lalu.

Secara keseluruhannya, kemenangan sebanyak 186 butir pingat oleh Kontinjen Negara telah meletakkan negara Malaysia di tangga ke-4 daripada 11 negara yang mengambil bahagian iaitu dibelakang Thailand, Singapura dan Vietnam. Negara Malaysia telah berjaya mengatasi negara seperti Indonesia, Filipina, Myamnar, Cambodia, Brunei dan Laos.