Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang 2014

Antara tetamu kehormat yang turut menghadiri Majlis ini adalah YB Dato' Seri Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang dan YB. Dato' Abdul Malik Bin Abul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sebanyak 11 anugerah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang yang terpilih menerusi kejayaan cemerlang dalam sukan yang diceburi sepanjang tahun 2014 seperti berikut:-

Anugerah Perdana TYT 2014
Dato' Nicol Ann David (Skuasy)

Anugerah Olahragawan 2014
Ooi Tze Liang (Terjun Air)

Anugerah Olahragawati 2014
Dato' Nicol Ann David (Skuasy)

Anugerah Olahragawan Harapan 2014
Ooi San Hong (Karate)

Anugerah Olahragawati Harapan 2014
Nur Aliah Izzati Bin Muhammad Anis (Skuasy)

Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik 2014
Pasukan Karate (Kata)

Anugerah Pasukan Wanita Terbaik 2014
Pasukan Skuasy 

Anugerah Olahragawan Paralimpik 2014
Muhamad Suhaili Bin Abd. Hamid (Tenpin Boling)

Anugerah Olahragawati Paralimpik 2014
Rabiatul Adawiyah Binti Mohamad Azhar

Anugerah Jurulatih Terbaik 2014
Ku Jin Keat (Karate)

Anugerah Tokoh Pemimpin Sukan 2015
Mejar (B) Wan Abdul Hamid Bin Wah Mahmood (Tinju)

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang serta calon-calon yang telah dipilih untuk tahun ini. Semoga anugerah yang disampaikan pada tahun ini akan terus menjadi pembakar semangat setiap atlet dan para pegawai untuk terus berusaha ke arah memajukan sukan di Pulau Pinang.

Majlis serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua penaja korporat merangkumi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Malaysia Trade & Transport Co Sdn Bhd, Modular Platinum Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Nusmetro City Sdn Bhd, Hunza Ventures Sdn Bhd, Eco Meadows Sdn Bhd, Nuwata Sdn Bhd, dan semua Persatuan Sukan Negeri dan orang perseorangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan malam anugerah yang berprestij ini.