Tahniah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ar. Yew Tung Seang, Presiden Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini menyandang jawatan sebagai Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang baru menggantikan Dato' Maimunah Bt. Mohd Shariff yang kini dilantik sebagai Pengarah Eksekutif United Nation (UN) Habitat di Kenya. Jawatan Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang kini disandang oleh Ir. Addnan Mohd Razali.  

Tahniah kepada Skuad Skuasy Negara


Skuad remaja negara memenangi empat gelaran di Kejohanan Remaja Terbuka British di Birminghamdalam kategori wanita bermula daripada Bawah-13 hingga 19 tahun, menerusi persembahan cemerlang K Sehveetrraa, Aira Azman, Aifa Azman dan S Sivasangari. Ia adalah kemenangan terbesar negara dalam kejohanan remaja paling berprestij itu, untuk mengumpul keseluruhan 21 gelaran sejak 1994.

Tahniah & syabas dari seluruh warga sukan Pulau Pinang kepada semua pemenang. 

Berita selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/arena/2018/01/301326/kemenangan-terbesar-skuasy-negara

Sumber Berita : MyMetro  & Sumber Gambar : BeritaHarian