Alwyn Tan - Atlet Renang Pulau Pinang Mencipta Rekod Baharu 50m Gaya Bebas Lelaki

KUALA LUMPUR – Satu lagi rekod baharu kebangsaan dicatat sebelum Kejohanan Renang Terbuka Malaysia melabuhkan tirai semalam menerusi Olahragawan Harapan Pulau Pinang, Alwyn Tan Yean Yang yang memenangi acara 50 meter gaya bebas lelaki pada sesi saringan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Atlet berusia 17 tahun itu, berjaya merekodkan kepantasan 23.17 saat, sekali gus memadam rekod lama yang dilakukan perenang kebangsaan Foo Jian Beng pada 2011 iaitu 23.42 saat.

Bagaimanapun, harapan untuk menyaksikan dia memperbaiki cata­tannya dalam aksi final tidak kesampaian apabila Alwyn Tan hanya mampu mencatat masa 23.40s, tetapi sudah cukup untuk meraih pingat emas acara, mengetepikan dua perenang kebangsaan Keith Lim (23.74s) dan Chan Jie (23.98s) yang mewakili Selangor untuk pingat gangsa.

Rekod kejohanan yang dicatatkan oleh perenang India, Virdhawal Khade iaitu 23.01 yang dilakukan tiga tahun lalu juga masih kekal.

Kejayaan ini turut melayakkannya beraksi secara merit ke Sukan SEA di Singapura, 5 hingga 16 Jun ini, tetapi gagal melayakkan diri ke Kejohanan Renang Dunia di Kazan, Rusia Julai ini.

Hari Wanita Sedunia 2015

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2015 kepada seluruh warga sukan wanita di negeri Pulau Pinang dan Malaysia.  

Tema sukan antarabangsa pada tahun ini adalah "Make It Happen" - For Fairer Recognition of Women in Sport.