- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Peralihan Pengurusan Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah
Makluman Awam :
Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 1 Mei 2015, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah (PKSA) bertempat di Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang akan beralih pengurusannya daripada pengurusan sedia ada kepada pentadbiran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, sebarang urusan rasmi berkaitan penempahan untuk tujuan kejohanan/pertandingan, majlis/keraian, kem bina diri atau penggunaan jangka panjang perlu dirujuk terus secara bertulis kepada :-
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
No. Tel: 04-6593713/14/15
No. Faks: 04-6595996
Manakala penempahan atau penggunaan peralatan sukan air seperti kayak/perahu naga atau penggunaan kawasan pantai secara harian boleh dilaksanakan secara terus di perkarangan premis PKSA dibawah Unit Tempahan PKSA pada waktu pejabat.
Alwyn Tan - Atlet Renang Pulau Pinang Mencipta Rekod Baharu 50m Gaya Bebas Lelaki
KUALA LUMPUR – Satu lagi rekod baharu kebangsaan dicatat sebelum Kejohanan Renang Terbuka Malaysia melabuhkan tirai semalam menerusi Olahragawan Harapan Pulau Pinang, Alwyn Tan Yean Yang yang memenangi acara 50 meter gaya bebas lelaki pada sesi saringan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Atlet berusia 17 tahun itu, berjaya merekodkan kepantasan 23.17 saat, sekali gus memadam rekod lama yang dilakukan perenang kebangsaan Foo Jian Beng pada 2011 iaitu 23.42 saat.
Bagaimanapun, harapan untuk menyaksikan dia memperbaiki catatannya dalam aksi final tidak kesampaian apabila Alwyn Tan hanya mampu mencatat masa 23.40s, tetapi sudah cukup untuk meraih pingat emas acara, mengetepikan dua perenang kebangsaan Keith Lim (23.74s) dan Chan Jie (23.98s) yang mewakili Selangor untuk pingat gangsa.
Rekod kejohanan yang dicatatkan oleh perenang India, Virdhawal Khade iaitu 23.01 yang dilakukan tiga tahun lalu juga masih kekal.
Kejayaan ini turut melayakkannya beraksi secara merit ke Sukan SEA di Singapura, 5 hingga 16 Jun ini, tetapi gagal melayakkan diri ke Kejohanan Renang Dunia di Kazan, Rusia Julai ini.
Artikel-artikel lagi...
- Hari Wanita Sedunia 2015
- Risiko Cuaca Panas
- Selamat Tahun Baru Cina 2015
- Pencalonan Anugerah Sukan Negara 2014
- Tahniah Dato' Ahmad Shapawi
- Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2015
- Selamat Tahun Baru
- Festival Sukan Kombat 2014
- “Seminar on the IOC (International Olympic Committee) Guide on Managing Sport for All Programmes” in Penang
- Peta Interaktif Kemudahan Sukan di Pulau Pinang