TAHNIAH KEPADA RACHEL YEOH!

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan tahniah & syabas kepada atlet gimnastik artistik Pulau Pinang yang telah dipilih sebagai Atlet Terbaik Negara di Sukan Sea Hanoi, Vietnam 2022 dengan pencapaian pungutan pingat sebanyak 2 Emas & 1 Gangsa.

"Sesungguhnya kejayaan manis ini hasil dari peritnya usaha".

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan penyunting semangat buat atlet-atlet yang lain.


#Championamongchampions
#seagamesvietnam2022

CERAMAH POLISI ANTI-RASUAH BERSAMA PERSATUAN SUKAN NEGERI

Satu sesi Ceramah Polisi Anti-Rasuah bersama Persatuan Sukan Negeri telah diadakan pada 24 Mac 2022 di Auditorium A, Komtar anjuran Majlis Sukan Negerj Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selaku badan sukan negeri, ketelusan tatacara pengurusan pentadbiran dan kewangan sememangnya satu usaha yang seharusnya ditambahbaik dari semasa ke semasa agar integriti persatuan sentiasa diutamakan.
 
Ybrs. Encik Harry Chai, Pengarah MSNPP menyampaikan amanat berkenaan dengan kepentingan untuk menegakkan tonggak integriti dalam arena sukan.
 
Oleh tujuan tersebut, ceramah tersebut telah dianjurkan untuk menimbulkan kesedaran serta pengetahuan berkenaan dengan polisi anti-rasuah dan peranan secara bersama selaku badan sukan negeri dalam usaha untuk membanteraskan rasuah di semua peringkat. Pihak MSNPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Aznizam bin Jahari, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM yang sudi bersama untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan kepada semua yang hadir.
 
Tuan Aznizam bin Jahari, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM.