Goh Jin Wei Rangkul Kejuaraan Badminton Antarabangsa Vietnam
Pemain perseorangan wanita pelapis negara, Goh Jin Wei meneruskan prestasi cemerlang dengan meraih gelaran keempat di pentas antarabangsa apabila menjuarai kejohanan badminton Siri Antarabangsa Vietnam 2015 di Kompleks Sukan Tien Son, Danang City. Goh, 15, hanya mengambil masa 27 minit untuk menewaskan pemain Taiwan, Chen Su Yu, 21-9, 21-13 pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini, yang juga pemain perseorangan wanita nombor enam dunia dalam Ranking Remaja Dunia BWF itu, sebelum ini sudah meraih tiga gelaran.
- Kejohanan Terbuka Remaja Belanda (Campuran Berpasangan)
- Kejohanan Terbuka Remaja Jerman (Perseorangan Wanita) - Mac 2015
- Kejohanan Antarabangsa Belgium (Perseorangan Wanita) - September 2015