Dua Atlet OKU Pulau Pinang Terima Insentif
Oleh: Rudy Syareme Sheriffudin (Harian Metro)
Georgetown: Kejayaan dua atlet kurang upaya (OKU) Pulau Pinang mencatat pencapaian cemerlang diraikan pada majlis penyerahan insentif di bawah Skim Kemenangan Sukan (SKIMAS) Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).
Chung Wei, 21, berjaya meraih dua emas untuk membolehkannya menerima sumbangan wang insentif SKIMAS bernilai RM2,000 manakala Muhammad Hairul, 39, yang meraih satu emas menerima wang tunai RM333 yang disampaikan Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri YB Chong Eng.