Hebahan Penutupan Jalan Raya Sempena Program Le Tour De Langkawi
25 Februari 2015 (Hari Khamis)
Dimaklumkan bahawa Program Le Tour de Langkawi 2016 akan berlangsung mulai 24 Februari 2016 hingga 2 Mac 2015 dan melibatkan laluan di Pulau Pinang pada 25 Februari 2016 (Hari Khamis). Beberapa laluan utama akan ditutup secara berperingkat kepada kenderaan/lalulintas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Perlumbaan ini akan bermula dari (Mula) Sungai Petani > Kulim > Baling > Kuala Ketil > Padang Serai > Permatang Tok Dik > Sg. Jerak > Lunas > Sg. Kulim > Bukit Mertajam > Machang Bubok > Simpang Ampat > Bukit Tambun > Batu Kawan > Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah > Batu Maung > Teluk Kumbar > Balik Pulau > Telok Bahang > Batu Feringghi > George Town > Padang Kota Lama (Penamat)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi LTdL di http://www.ltdl.com.my/therace/stage2.asp
atau
Muat turun jadual perlumbaan peringkat kedua di http://www.ltdl.com.my/download/racemanual/S_02.pdf