Dato' Lee Chong Wei Pembawa Jalur Gemilang Di Sukan Olimpik Rio 2016
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 5 hingga 21 Ogos ini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah MOM di sini hari ini.
"Chong Wei berhak dipilih sebagai pembawa bendera untuk kontinjen negara. Beliau adalah seorang ikon dalam sukan Malaysia untuk tempoh yang lama. Dengan memberi penghormatan itu, ia akan memberi motivasi kepadanya.
BERNAMA - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1252078