Aplikasi atas Talian AktifPenang

Menerusi aplikasi atas talian AktifPenang, acara larian Penang Virtual Run sejauh 10 kilometer (km) di Kompleks Sukan MPSP Jalan Betik di sini berjaya menerima penyertaan kira-kira 150 peserta dari komuniti setempat.

Mengulas lanjut, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berharap, kegunaan teknologi canggih menerusi telefon pintar sebagaimana diamalkan di Taiwan itu akan turut menyemarakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat di Pulau Pinang.

“Pelari boleh membuat larian secara sendirian pada tarikh yang ditetapkan dengan menggunakan aplikasi AktifPenang.

“Walaupun kita telah menyediakan aplikasi ini, namun ini tidak bermakna pengguna tidak perlu berlari… kesihatan adalah sesuatu yang perlu dijaga melalui senaman,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang sebelum merasmikan acara larian tersebut baru-baru ini.

Chong Wei, Pandelela, Jun Hoong terima Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM)-Coca Cola 2016

LeeChongWei

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan penerjun, Pandelela Rinong/Cheong Jun Hoong, yang masing-masing memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, dipilih sebagai penerima Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM)-Coca Cola 2016.

Perkara itu diumumkan Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bersama - Jawatankuasa Pemilihan Anugerah dan Jawatankuasa Eksekutif MOM, di Wisma MOM.