Majlis Makan Malam Dan Pertandingan Akhir Karaoke Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-Negeri Se-Malaysia (FESMAS) XVI 2023, Pulau Pinang.
Tahniah dan syabas buat kontinjen Majlis Sukan Negeri Terengganu yang dinobatkan sebagai juara keseluhurandalam edisi FESMAS XVI tahun ini di Pulau Pinang.
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang selaku tuan rumah dalam penganjuran FESMAS XVI tahun ini mengucapkan sekalung tahniah buat seluruh kontinjen negeri, MSN Se-Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang telah berjuang, memberikan persembahan yang baik dalam setiap sukan disamping mengeratkan tali persahabatan diantara negeri-negeri.
Penganjuran sukan dengan penglibatan 16 kontinjen Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara melibatkan 10 jenis sukan yang telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar (Pantai), Bola Jaring (Pantai), Sepak Penalti (Pantai), Tarik Tali, Karom, Dart, Tenpin Bowling, Karaoke, Mendaki & Golf VIP.
Selaku tuan rumah festival FESMAS XVI 2023 Pulau Pinang tahun ini, teruskan bersukan dan harapan kami agar dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara MSN-MSN Se-Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.
Pihak MSN Pulau Pinang berharap anda semua dapat merasai pengalaman yang menyeronokkan ketika berada di sini, dan negeri Pulau Pinang sentiasa menjadi kenangan manis di hati anda semua apabila pulang ke negeri masing-masing nanti.
Jangan pernah lupa bahawa negeri Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan semua ke sini. Jumpa lagi semua di Temasya FESMAS Negeri Sembilan nanti.
#FESMASXVI2023
#MSNSE-MALAYSIA
#MSNEGARA
#PENANG
#MSNPENANG
#MSNSE-MALAYSIA
#MSNEGARA
#PENANG
#MSNPENANG