PENANG JUNIOR CHAMPIONS SIRI 1/2022
Program Penang Junior Champions (PJC) yang julung kalinya dianjurkan telah berjaya bergerak mulai 8 Januari 2022. Program tersebut telah mendapat sambutan yang cukup baik.
Dengan objektif untuk memperluaskan lagi atlet-atlet muda di peringkat akar umbi dengan memperkenalkan asas-asas sukan, PJC bermatlamat untuk memberikan peluang kepada semua anak-anak muda negeri Pulau Pinang untuk menceburi dan giat aktif dalam aktiviti bersukan. Program tersebut dibahagikan kepada 3 semester setahun. Setiap semester terdiri daripada 12 minggu di mana satu sesi dijalankan setiap minggu selama 1 jam 30 min. Jurulatih yang akan melatih atlet-atlet muda adalah jurulatih dibawah program Penang Junior Coaches yang dilantik oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Dalam siri pertama ini yang telah bermula pada 8 Januari 2022 dan dijangka akan berakhir pada 26 Mac 2022, sebanyak 9 sukan dibuka kepada peserta untuk memilih. Sukan-sukan tersebut adalah sukan badminton, bola jaring, bola keranjang, hoki, olahraga, petanque, sepaktakraw, silambam dan tinju. Semua pelaksanaan program PJC ini adalah mengikut penetapan SOP terkini seperti yang telah diarahkan oleh pihak MKN, KKM dan KBS.
Sukan Petanque.
Sukan Olahraga
Artikel-artikel lagi...
- PERMOHONAN BANTUAN IPT MSNPP PACE TAHUN 2021 - Terkini pada 16 November 2021
- Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan & Biasiswa Sukan PACE pada 8 November 2021
- Be Active, Be Sportive, Jom Exercise
- Sports For All : Sukan Untuk Semua : Klinik Wushu Untuk Semua
- PSSC to hire about 200 part-time Junior Coaches
- Syabas "The Pocket Rocketman"
- Sukan Olimpik Tokyo 2020
- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Peringkat Pulau Pinang Fasa 2
- SPORTSFORALL : Klinik Sukan Catur 2021
- SEMINAR KERJAYA DI BAWAH PROGRAM PACE UNTUK ATLET TINGKATAN 5 DAN LEPASAN SPM 2020