Zaidatul Husniah kini wanita terpantas di Malaysia


KUALA LUMPUR – Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya meleburkan rekod 24 tahun dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal hari ini.

Zaidatul Husniah, 24, melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin sebanyak 0.4 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G.Shanti pada Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Zaidatul Husniah bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B di belakang atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg menerusi catatan masa 11.48 saat.

Larian Baton Bangkit Bersama - Sukan SEA ke-29



Kehangatan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 bakal disemarakkan dengan berlangsungnya “Larian Baton Bangkit Bersama” yang menjelajah ke seluruh bandar utama Asean, bermula dengan larian di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, Ahad (5 Mac 2017) ini.

Buat julung kali, “Larian Baton Bangkit Bersama” dianjurkan tuan rumah Malaysia sempena Kuala Lumpur 2017 dan pastinya, menjadi legasi yang bakal terpahat dalam lipatan sejarah gemilang temasya itu.

Larian Baton berkenaan bakal menghimpunkan bintang sukan negara masing-masing selain penyertaan seluruh komuniti dan warga Asia Tenggara.

Sumber Beritahttp://kualalumpur2017.com.my/bm/media-newscontent.cshtml?cl=red&bid=96