- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Tahniah Goh Jin Wei - Badminton
16 November 2015, Pulau Pinang - Syabas dan tahniah kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara Dato' Lee Chong Wei dan pemain badminton perseorangan wanita negara Goh Jin Wei yang telah memenangi Kejohanan Badminton Terbuka China di Fuzhou, China dan Kejohanan Badminton Yonex BWF Remaja Dunia di Lima, Peru pada 15 November 2015.
Kemenangan berganda oleh kedua-dua jaguh sukan badminton Pulau Pinang ini telah melonjakkan kedudukan ranking dunia Dato' Lee Chong Wei ke tangga ke-9, manakala Goh Jin Wei berada di tangga ke-5 ranking pemain badminton wanita remaja dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua atlet Pulau Pinang ini yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di pentas sukan antarabangsa.
Kemenangan Dato' Lee Chong Wei di Fuzhou, China menewaskan pemain nombor satu dunia Chen Long secara straight set dengan kiraan 21-15, dan 21-11 telah juga mencatat rekod baru dimana beliau merupakan satu-satunya pemain yang berjaya memenangi keseluruhan Liga Super Series untuk acara badminton ini.
Bagi pemain wanita yang berusia 15 tahun, kejayaan beliau menewaskan rakan seperjuangan Lee Ying Ying, juga dengan kemenangan set straight 21-15, 21-16 di Peru, Lima sememangnya menyemarakkan lagi pentas sukan Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya.
Selamat Hari Deepavali
Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga sukan Pulau Pinang terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu. Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan menyinari kesejahteraan hidup dan nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan persahabatan semua atlet-atlet negeri Pulau Pinang.
Artikel-artikel lagi...
- Kekal Aktif Walaupun Keadaan Berjerebu
- Goh Jin Wei Rangkul Kejuaraan Badminton Antarabangsa Vietnam
- Hari Sukan Negara - 10 Oktober 2015
- MSNPP/ISNPP - Simposium Sains Sukan 2015
- Penukaran Logo Korporat MSNPP 2015
- Kejohanan Floorball Piala Merdeka
- Al-fatihah buat arwah Syed Kamil Hakimi bin Syed Yusof, atlet sukan ekuestrian Pulau Pinang
- Juara Dunia Kejohanan Billiard & Snuker Berpasukan Antarabangsa
- Kejohanan Badminton Dunia 2015
- Selamat Hari Raya Aidilfitri