Penang Black Panthers Muncul Juara Edisi Ketiga Liga Sepak Takraw (STL)

SERDANG: Pasukan Penang Black Panthers muncul juara edisi ketiga Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 pada aksi final di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya di sini, malam tadi.

Kehadiran tiga pemain kebangsaan, Mohd Syahir Rosdi, Zaim Razali dan Azlan Alias jelas memberi kelebihan kepada pasukan utara tanah air itu yang mencatat kemenangan 21-15, 21-10 ke atas pasukan Kuala Lumpur Thunder yang dibarisi Farid Aziz, Amirul Zazwan Amir dan Hafiz Rahman.

PASUKAN Penang Black Panthers muncul juara edisi ketiga Liga Sepak Takraw (STL) selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 pada aksi final di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya di sini, malam tadi.

Goh Jin Wei Kini Pemain No.1 Badminton Perseorangan Wanita Negara

PETALING JAYA: Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei kini secara rasmi merupakan pemaian badminton nombor satu perseorangan wanita negara.

Menerusi ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Jin Wei yang berusia 16 tahun telah mengambil alih gelaran yang dimiliki Tee Jing Yi sebelum ini.

Susulan keputusan suku akhir Terbuka Macau minggu lepas, Jin Wei telah berpindah lima anak tangga ke tempat ke-32 di dunia. Dia kini berada pada kedudukan dua anak tangga lebih tinggi daripada seniornya, Tee Jing Yi.

--

Sumber berita: http://www.mstar.com.my/sukan/raket/2016/12/09/goh-jin-wei-kini-pemain-nombor-1/
Sumber gambar : http://www.thestar.com.my/