Atlet Pulau Pinang beraksi Cemerlang di Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Asia 2017

Pavitra 1

Tahniah kepada Pavitradevi Jayaindraan yang telah berjaya memenangi Pingat Emas serta memecah rekod kejohanan dalam acara merejam lembing di dalam Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Asia 2017 (Athletic Asian Sports School Championship 2017)  yang sedang berlangsung di Singapura pada 15 - 18 Julai 2017. Beliau berjaya mencatat rejaman sejauh 43.96m. Selain itu, Fakriez Bin Fazuri juga pada hari yang sama berjaya memenangi pingat gangsa di dalam acara lontar peluru dengan balingan sejauh 15.30m.

Tahniah dan Syabas dari seluruh warga sukan Pulau Pinang. 

 

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 - Peringkat Pulau Pinang

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang juga dikenali sebagai KL2017 akan dilaksanakan di peringkat negeri Pulau Pinang pada 3 hingga 6 Julai 2017.

Larian simbolik ini melambangkan persekutuan antara negara-negara ASEAN di mana tuan rumah Sukan SEA sebelumnya, Singapura akan menghulurkan baton ke tuan rumah Sukan SEA tahun ini, Malaysia. Larian Obor seterusnya akan berlangsung dari 13 Mei hingga 12 Ogos 2017, melalui semua 16 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Acara permulaan bagi peringkat negeri Pulau Pinang akan menyaksikan Obor Sukan SEA dibawa secara berenang pada jam 9.00 pagi merentasi Selat Melaka dari Pulau Jerejak ke Jeti Polis Marin sebelum diteruskan melalui acara larian sejauh 8.2km melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Lebuhraya Jelutong, Jalan Recsam, Jalan Sultan Azlan Shah dan tamat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang pada hari Isnin, 3 Julai 2017.