- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Tahniah Dato' Lee Chong Wei - Juara All England 2017
Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Yonex All England 2017 buat kali yang ke-4 dengan menewaskan pemain China, Shi Yuqi di Birmingham dengan kiraan mata sebanyak 21-12 dan 21-10.
Dato' Lee Chong Wei merupakan juara kejohanan ini pada 2010, 2011 dan 2014.
Sumber Gambar : http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/03/chong-wei1.jpg
Zaidatul Husniah kini wanita terpantas di Malaysia
KUALA LUMPUR – Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya meleburkan rekod 24 tahun dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal hari ini.
Zaidatul Husniah, 24, melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin sebanyak 0.4 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G.Shanti pada Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.
Zaidatul Husniah bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B di belakang atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg menerusi catatan masa 11.48 saat.
Artikel-artikel lagi...
- Larian Baton Bangkit Bersama - Sukan SEA ke-29
- Dato' Lee Chong Wei dinobatkan atlet terbaik SAM buat kali kedua
- Tahniah Mohd Faiz Subri ! Anugerah Puskas
- Selamat Tahun Baru 2017
- Penang Black Panthers Muncul Juara Edisi Ketiga Liga Sepak Takraw (STL)
- Goh Jin Wei Kini Pemain No.1 Badminton Perseorangan Wanita Negara
- FESKOM 2016
- Pertandingan Mencipta Slogan Sempena Penang Asia Pacific Master Games 2018 (APMG).
- Aplikasi atas Talian AktifPenang
- Chong Wei, Pandelela, Jun Hoong terima Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM)-Coca Cola 2016