- Skim Galakan Prestasi Atlet Kebangsaan Negeri Pulau Pinang (Token Wang Saku)
- Kod Perilaku Sukan Negeri Pulau Pinang
- Borang Tempahan "Game On: Esports The Right Way" (Akademi Esports Pulau Pinang)
- Skim Sukan Pulau Pinang 2030 (SAP2030)
- Penang Athlete Career & Education (PACE)
- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
Fiesta Sukan Pulau Pinang 2018
Jom kunjungilah Fiesta Sukan Pulau Pinang dari 23 Nov ke 2 Dis! Pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda!
Join us at Penang Sports Fiesta at Festive Square, Gurney Paragon Mall from November 23 - December 2, 2018! Sports equipments and apparels with affordable prices AWAITING!
BELANJAWAN 2019 PULAU PINANG
TERAS KETIGA : MEMPERKASAKAN RAKYAT UNTUK MENINGKATKAN PENYERTAAN MASYARAKAT
Membudayakan Sukan dan Riadah
Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang dalam Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA) di Perak pada bulan September lalu. Negeri Pulau Pinang berjaya merangkul 32 pingat emas, 30 pingat perak dan 30 pingat gangsa serta menduduki tempat ketujuh daripada 15 buah negeri yang bertanding. Bagi menghargai semangat juang para atlet, Kerajaan Negeri telah menaikkan insentif kepada penerima pingat iaitu bagi pingat emas individu daripada RM3,000 kepada RM4,000, pingat perak individu daripada RM2,000 kepada RM2,500, manakala pingat gangsa individu daripada RM1,000 kepada RM1,500. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tujuan ini adalah sebanyak RM300,000.
Bagi terus meningkatkan prestasi semua atlet negeri ini, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan program atlet-atlet pelapis. Seramai 451 orang atlet sokongan yang melibatkan 17 jenis sukan sedang diasah bakatnya sebagai pelengkap kepada skuad latihan negeri.
Kerajaan Negeri juga akan membina sebuah kolam renang bertaraf antarabangsa yang akan dilengkapi dengan platform untuk sukan terjun air di Ampang Jajar, Permatang Pauh. Sebuah Stadium Velodrom yang turut dilengkapi dengan kemudahan gelanggang bola keranjang terbuka dan sebuah Kompleks Renang Bertaraf Antarabangsa, sebagaimana yang dimaklumkan dalam ucapan Bajet 2016 yang lalu, akan dimulakan di persisiran pantai Queensbay pada tahun 2019. Kerajaan Negeri juga akan membina sebuah lagi Kompleks Sukan Bertaraf Antarabangsa yang terdiri daripada 12 gelanggang badminton di atas sebahagian Lot 576, sebahagian Lot 552 dan sebahagian Simpanan Jalan (Lebuh Sungai Pinang 7), Seksyen 8, Daerah Timur Laut (DTL), dengan kos RM30 juta. Kerajaan Negeri juga akan menyediakan peruntukan berjumlah RM1.5 juta pada tahun 2019, untuk pembinaan gelanggang futsal di setiap daerah.
Kemudahan rekreasi yang lain turut disediakan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat sebagai platform integrasi sosial. Untuk itu, sejumlah RM0.55 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui MPSP untuk menyediakan kemudahan sukan dan alat permainan di tempat rekreasi awam dan sukan. Manakala sejumlah RM4.10 juta telah disediakan oleh MBPP pada tahun 2019 untuk menaiktaraf taman rekreasi, penanaman pokok dan lanskap bagi memberi kemudahan serta keselesaan kepada penduduk setempat untuk beriadah.
Bagi memastikan keseimbangan pembangunan di Seberang Perai dan bahagian Pulau, Kerajaan Negeri akan membina Nibong Tebal Arena yang menempatkan dewan serbaguna serta 9 gelanggang badminton di Jalan Bukit Panchor, Mukim 7, Seberang Perai Selatan (SPS). Projek pembangunan ini dijangka akan dimulakan pada bulan Mac 2019 dengan peruntukan RM7 juta.
Artikel-artikel lagi...
- Liputan Media Sukan Malaysia XIX Perak 2018
- Muat Turun Aplikasi Mobile PGGOV SUKMA
- Selamat Maju Jaya Atlet-Atlet Malaysia
- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MSN 2018
- SUKMA XIX : Perak Sampaikan Jemputan Rasmi kepada Pulau Pinang
- SKIMAS Kejayaan Sukan Komanwel XXI 2018
- Tahniah kepada Barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2018
- Sekalung Tahniah
- ESM BUKA PELUANG SERTAI PASUKAN KEBANGSAAN
- Emas Sukan Komanwel 2018