PEMAKLUMAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 13 - 26 JANUARI 2021

Dikemaskini: Sambungan PKP bermula dari 27 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021 & bersambung dari 5 - 18 Februari 2021


Lanjutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Pulau Pinang, semua kemudahan sukan dan rekreasi di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan ditutup sepanjang tempoh PKP, iaitu mulai 13 Januari hingga 26 Januari 2021 serta sambungan PKP bermula dari 27 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021 dan 5 -18 Februari 2021 


Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Dikemaskini : 5 Februari 2021

Selamat Tahun Baru 2021



Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada seluruh warga sukan Pulau Pinang. Semoga Tahun Baru ini memberi rahmat kesejahteraan, kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran kepada kita semua serta dilindungi kesihatan dan sihat sejahtera dari Covid-19.