Kunjungan Hormat Juara Bina Badan Wanita Dunia 2014

YB Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Cik Lilian Tan, atlet bina badan wanita negara yang berasal dari Pulau Pinang yang telah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia (WBPF) di Mumbai, India pada 9 Disember 2014 yang lalu. 

Ini merupakan kali kedua Lilian mengharumkan nama negara di pentas dunia selepas menjuarai kategori wanita pada WBPF Bangkok pada 9 Disember 2012.

Seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada beliau diatas kejayaan ini.