Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019

 

Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:-

i)                    Badminton

Acara Perseorangan (Single Events)

RM 40.00 seorang individu

Acara Beregu (Double Events)

RM 80.00 untuk sebuah pasukan beregu (2 orang)

Acara Beregu Campuran (Mixed Events)

RM 80.00 untuk sebuah pasukan beregu (2 orang)

ii)                  Bola Tampar

Pasukan Lelaki & Wanita Bawah 18 tahun

RM100.00 untuk seluruh pasukan (12 orang)

Pasukan Lelaki & Wanita 18 tahun ke atas

RM150.00 untuk seluruh pasukan (12 orang)

iii)                Sepak Takraw

Acara Lelaki Bawah 12 tahun

RM 50.00 untuk setiap Regu (5 orang)

Acara Lelaki Bawah 18 tahun

RM 50.00 untuk setiap Regu (5 orang)

Acara Wanita Bawah 21 tahun

RM 50.00 untuk setiap Regu (5 orang)

iv)                Tenpin Bowling

Acara Terbuka Bawah 12 Tahun

RM 40.00 seorang individu

Acara Terbuka Bawah 18 Tahun

RM 40.00 seorang individu

Acara Terbuka 18 Tahun ke Atas

RM 40.00 seorang individu

Selain dari 4 pertandingan sukan yang dinyatakan sebentar tadi, pada hari kemuncak Hari Olimpik Sedunia iaitu pada hari Ahad, 23 Jun 2019, acara Jalan Kaki 5km Berkeluarga (Family 5km Funwalk) akan diadakan di Padang Kota Lama yang dibuka penyertaannya kepada 10,000 orang peserta bermula jam 5.30 petang. Yuran pendaftaran untuk acara Funwalk adalah pada kadar RM30.00 untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak dibawah umur 12  tahun. Pendaftaran untuk penyertaan acara Funwalk ini juga adalah melalui laman web HOWEI yang dibuka pendaftarannya bermula pada 7 Mac 2019.

Setiap penyertaan berbayar melibatkan sukan-sukan dari Badminton, Bola Tampar, Sepak Takraw, Tenpin Bowling dan acara Funwalk akan melayakkan peserta-peserta berkenaan untuk menerima T-Shirt Rasmi Penang Karnival Olimpik Pulau Pinang berjenama Li-Ning yang dianggarkan berharga sekitar RM80.00 di pasaran. 

Selain dari dari sukan-sukan yang dipertandingkan, sebuah Karnival Sukan gilang-gemilang yang merangkumi Mini Sukan Olimpik seperti sukan Hoki, Gimnastik, Olahraga, Klinik Bolasepak, Demonstrasi Sukan, Basket Ball 3-on-3, Streetgames, Sukan Elektronik E-Games akan berlangsung di perkarangan Padang Kota Lama pada 23 Jun 2019 bermula jam 4.00 petang hingga 9.30 malam.

Semua masyarakat Pulau Pinang untuk turun padang mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipersembahkan kelak. Bawalah anak-anak anda untuk turun padang bagi membolehkan mereka mempelajari serta menghayati sukan sihat fizikal ala Sukan Olimpik Dunia.  

Dan pada malamnya bermula jam 8.00 malam, akan berlangsungnya acara kemuncak sambutan Hari Olimpik Sedunia dimana masyarakat berpeluang menyaksikan kemasukan larian obor dan acara penyalaan simbolik cahaya olimpik atau “Flames of Olympic” yang akan dinyalakan oleh bekas atlet-atlet Olimpik Negara dan juga bakal atlet-atlet Harapan Negara yang akan menjadi tunggak negara dalam memastikan perjuangan untuk memungut pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik tercapai.  

Sukan Olimpik Tokyo 2020 ialah acara sukan antarabangsa yang dianjurkan 4 tahun sekali mengikut tradisi Sukan Olimpik. Bandaraya Tokyo telah diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi IOC ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013. Tokyo sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1964 dan merupakan bandaraya kelima untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.

Dan bagi menyemarakkan perjuangan atlet-atlet negara yang akan bersaing di Tokyo 2020 dan buruan medal emas pertama negara, Majlis turut akan melaksanakan simbolik acara Countdown Baki Hari ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di negara Matahari Terbit bermula pada 24 Julai 2020 – 9 Ogos 2020 tahun hadapan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri mengalakkan semua masyarakat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang dibawakan khas bersempena dengan sambutan Hari Olimpik Sedunia ini dan terus menyemarakan semangat setia kawan, perpaduan dan perdamaian dalam sukan selari dengan arus utama pergerakan Olimpik.

Sekian terima kasih.