Laporan Terkini Pencapaian Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 - Kontinjen Negeri Pulau Pinang

3 JUN 2014 (HARI SELASA)

 

KEDUDUKAN TERKINI NEGERI PULAU PINANG PADA TANGGA 7/15   (Kemaskini  10.39PM)
 KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
 Karate 8 1 5 14
 Skuasy  1 0 1 2
 Angkat Berat 1 2 1 4
 Sepak Takraw 0 2 3 5
 Pencak Silat 1 1 0 2
 Renang Akuatik 2 2 6 10
 Olahraga 3 2 5 10
 Boling Padang (Lawn Bowls) 0 1 1 2
 Memanah 1 3 2 6
 Tenis 0 0 1 1
 Badminton 1 2 1 4
 Petanque 0 0 2 2
 Menembak 1 0 0 1
 Wushu 2 2 1 5
 Perahu Layar 1 1 0 2
 Golf 0 0 1 1
 Tinju 2 2 0 4
JUMLAH 24 21 30 75

(Dikemaskini pada 10.03AM)

Tirai persaingan Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 oleh Kontinjen Negeri Pulau Pinang telah berakhir pada hari ini dimana Kontinjen Negeri Pulau Pinang telah berjaya memungut 24 Pingat EMAS, 21 Pingat PERAK dan 30 Pingat GANGSA menjadikan jumlah keseluruhan pingat yang berjaya dimenangi adalah sebanyak 75 butir.

Pertandingan yang melibatkan Kontinjen Negeri pada hari ini adalah melalui sukan Badminton Individu Wanita Akhir, Badminton Regu Campuran Akhir, Wushu, dan Tinju.

 

 

Di dalam acara Badminton, atlet wanita Goh Jin Wei berjaya memungut pingat EMAS bagi Kontinjen Negeri apabila menewaskan atlet dari Selangor dengan kiraan markah 22-20, 20-22 dan 21-16.  Manakala Regu Campuran hanya mampu memungut pingat PERAK setelah tewas kepada regu dari Melaka.

 

Di Gelanggang Tinju, Kontinjen Negeri turut memungut 2 EMAS tambahan melalui atlet Rafa'el Mika'el dan melalui atlet Vuthaya Babu a/l Baskran yang telah berjaya menewaskan pencabar masing-masing. 2 butir pingat PERAK turut dimenangi oleh atlet Jagadish a/l Alongovan dan atlet Mohd Amirul Asraf bin Mohd Salleh setelah ditewaskan oleh pencabar mereka dari Terengganu dan juga dari Sarawak.

 

2 JUN 2014 (HARI ISNIN)

 

KEDUDUKAN TERKINI NEGERI PULAU PINANG PADA TANGGA 7/15   (Kemaskini  9.43PM)
 KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
 Karate 8 1 5 14
 Skuasy  1 - 1 2
 Angkat Berat 1 2 1 4
 Sepak Takraw - 2 1 3
 Pencak Silat 1 1 - 2
 Renang Akuatik 2 2 6 10
 Olahraga 3 2 5 10
 Boling Padang (Lawn Bowls) - 1 - 1
 Memanah 1 3 2 6
 Tenis - - 1 1
 Badminton - 1 - 1
 Petanque - - 1 1
 Menembak 1 - - 1
 Wushu 2 1 1 4
 Perahu Layar 1 1 - 2
JUMLAH 21 17 25 62

(Dikemaskini pada 10.00PM)

 

Sukan Perahu Layar melibatkan acara luncur angin (windsurfing) juga telah berjaya menyumbang sebutir pingat EMAS yang dimenangi oleh atlet Katherine Ong Xin Yean di Tasik Timah Tasoh dan sebutir Pingat PERAK juga telah dimenangi oleh kumpulan berpasukan dalam acara yang sama pada hari ini. 

(Dikemaskini pada 9.50PM)

Persaingan sukan badminton wanita individu yang diwakili oleh atlet Goh Jin Wei dan regu campuran oleh atlet Nelson Heg Wei Keat dan Cheah Yee See telah berjaya mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada esok, 3 Jun 2014 jam 9.00 pagi.

Persaingan akhir turut menyaksikan 4 orang atlet tinju akan berentap bagi merebut 4 butir pingat EMAS melibatkan acara 49kg, 56kg, 60kg dan 91kg esok. 

Acara akhir juga melibatkan sukan-sukan seperti wushu, menembak, sepak takraw, taekwondo, memanah, dan petanque sebelum Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 menutup tirainya secara rasmi pada 4 Jun 2014. 


(Dikemaskini pada 9.20PM)



Atlet Ahmad Fariz Faisal Bin Ross Kenedy @ nama mesranya "BOB" dikalangan atlet-atlet Pulau Pinang berjaya memungut sebutir pingat GANGSA melalui acara Angkat Berat yang menamatkan pertandingan di Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 pada hari ini. Pingat ini diperolehi menerusi acara Tidak Melebihi 105Kg - (Clean & Jerk) Lelaki.

 

Manakala di Stadium Hoki bertempat di Kompleks Sukan Negeri menyaksikan pasukan dari negeri Perak menahan kemaraan pasukan Negeri Pulau Pinang ke peringkat akhir Hoki Kumpulan Lelaki apabila kedua-dua pasukan seri dengan markah 2-2 sama. Walaubagaimanapun, Perak berjaya menewaskan Pulau Pinang melalui pukulan penalti dengan markah 7 - 6 sekaligus mengagalkan kemaraan Pulau Pinang ke peringkat seterusnya. 

(Dikemaskini pada 2.45PM)

YB Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan yang ada pada pagi ini untuk melawat venue-venue sukan sekitar negeri Perlis disamping menyuntik semangat kepada atlet-atlet dari sukan menembak, memanah, lawn bowl dan petanque. 

Menembak di Lapang Sasar Genting Kabu

 

 

Memanah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

 

 

Lawn Bowl di Kompleks Sukan Negeri 

 

 

Petanque di Kompleks Sukan Negeri

 


(Dikemaskini pada 2.39PM)


Persaingan sukan wushu pada hari ini menyaksikan penambahan sebutir pingat EMAS yang diperolehi menerusi atlet Yeap Wai Kin di dalam acara Jianshu Lelaki. Manakala atlet wanita Aggie Cheah Ruey Shin memenangi pingat PERAK di dalam acara Jianshu Wanita.

(Dikemaskini pada 12.05AM)

Jadual Pertandingan pada hari ini:-

  • Golf (7.00 pagi hingga 2.00 petang)
  • Lawn Bowls (8.00 pagi hingga 6.30 petang)
  • Wushu (9.00 pagi dan 2.00 petang)
  • Sepak Takraw (8.30 pagi, 12.00 tengahari, 4.00 petang)
  • Memanah (9.00 pagi hingga 5.30 petang)
  • Menembak (9.00 pagi)
  • Perahu Layar (10.00 pagi)
  • Angkat (4.00 petang)
  • Tenpin Bowling (8.00 pagi hingga 11.30 malam)
  • Berbasikal (10.00 pagi hingga 12.00 tengahari)
  • Hoki (3.00 petang)
  • Taekwondo (9.00 pagi hingga 11.00 pagi)
  • Petanque (8.30 pagi hingga 10.30 pagi)
  • Badminton (3.00 petang)

 

1 JUN 2014 (HARI AHAD)

 

KEDUDUKAN TERKINI NEGERI PULAU PINANG PADA TANGGA 7/15   (Kemaskini  10.35PM)
 KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
 Karate 8 1 5 14
 Skuasy  1 - 1 2
 Angkat Berat 1 2 - 3
 Sepak Takraw 0 2 1 3
 Pencak Silat 1 1 - 2
 Renang Akuatik 2 2 6 10
 Olahraga 3 2 5 10
 Boling Padang (Lawn Bowls) - 1 - 1
 Memanah 1 3 2 6
 Tenis - - 1 1
 Badminton - 1 - 1
 Petanque - - 1 1
 Menembak 1 - - 1
 Wushu 1 - 1 2
JUMLAH 19 15 23 57


(Dikemaskini pada 10.58PM)

 

 

Atlet Luncur Angin setelah sehari berjemur di bawah matahari terik di Tasik Timah Tasoh. Atlet Katherine Ong dan Ivan Low sedang menikmati sessi mandian ice-bath. 


(Dikemaskini pada 10.30PM)

 

 

Lawatan YB Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang ke venue pertandingan Tenpin Bowling untuk memberikan semangat kepada atlet-atlet bowling negeri Pulau Pinang. 

 

(Dikemaskini pada 7.49PM)


 

 

Pungutan Pingat Emas Kontinjen Negeri Pulau Pinang mula berganjak kembali pada hari ini setelah prestasi yang agak kabur dua tiga hari yang lalu. Pada hari ini, sebanyak 3 butir pingat EMAS telah diperolehi oleh atlet-atlet Kontinjen Negeri Pulau Pinang melalui acara seperti berikut:-

  • Olahraga 200 meter Wanita oleh Zaidatul Husniah dengan catatan masa 24.55saat.
  • Wushu melalui acara Tanjiquan oleh atlet Chan Lu Yi.
  • Renang bagi acara 50 meter Gaya Bebas Lelaki oleh atlet Alwyn Tan Yeang Yang.

2 butir Pingat PERAK turut dimenangi melalui acara renang 100M Kuak Kupu-Kupu oleh Atlet Alwyn Tan Yeang Yang dan melalui acara memanah perseorangan recurve wanita oleh Nur Naseha binti Rosli.

Dan 2 butir Pingat GANGSA dimenangi di dalam sukan wushu dalam acara Changquan wanita oleh atlet Aggie Cheah Ruey Shin dan juga melalui Olahraga acara 200 meter Wanita oleh kembar Zaidatul Husniah iaitu Zaidatul Husna yang mendapat tempat ketiga.


(Dikemaskini pada 9.00 AM)

Persaingan Sukan Malaysia hanya berbakikan 4 hari sebelum berlangsungnya Majlis Penutupan Rasmi pada 4 Jun 2014. Berikut merupakan jadual pertandingan pada hari ini melibatkan atlet-atlet negeri Pulau Pinang:-

  • Renang (8.30 pagi dan 4.30 petang bagi acara akhir)
  • Wushu (9.00 pagi dan 2.30 petang)
  • Memanah (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • Lawn Bowl (8.00 pagi hingga 6.30 petang)
  • Golf (7.00 pagi hingga 2.00 petang)
  • Menembak (9.00 pagi)
  • Badminton (9.00 pagi hingga 1.00 petang)
  • Sepak Takraw (8.00 pagi, 12.00 tengahari dan 8.00 malam)
  • Perahu Layar (10.00 pagi)
  • Taekwondo (9.00 pagi)
  • Berbasikal Criterium 72km (9.00 pagi)
  • Tenpin Bowling (9.00 pagi hingga 10.30 malam)
  • Olahraga (9.40 pagi hingga 4.20 petang)
  • Tinju (3.00 petang)
  • Tenis (8.30 pagi)

 

31 MEI 2014 (HARI SABTU)

 

KEDUDUKAN TERKINI NEGERI PULAU PINANG PADA TANGGA 7/15   (Kemaskini  11.55PM)
 KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
 Karate 8 1 5 14
 Skuasy  1 - 1 2
 Angkat Berat 1 2 - 3
 Sepak Takraw 0 2 2 4
 Pencak Silat 1 1 - 2
 Renang Akuatik 1 1 6 8
 Olahraga 2 2 2 6
 Boling Padang (Lawn Bowls) - 1 - 1
 Memanah 1 2 2 5
 Tenis - - 1 1
 Badminton - 1 - 1
 Petanque - - 1 1
 Menembak 1 - - 1
JUMLAH 16 13 19 48

(Dikemaskini pada 11.59PM)

 

Kehadiran YB Dato' Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menyemarakkan lagi semangat juang atlet-atlet negeri di Sukan Malaysia XVII Perlis 2014.

(Dikemaskini pada 11.55PM)

Acara 4x100m Lari Berganti Wanita yang diwakili oleh Nor Shatirah, Zaidatul Husniah, M.Tanalaksiumy dan Zaidatul Husna telah berjaya menyumbang pingat PERAK bagi acara tersebut. Selain itu, atlet 5000m Lelaki iaitu S.Christopher juga memperoleh pingat PERAK untuk kontinjen Negeri di trek olahraga bertempat di Stadium Tuanku Syed Putra.

Manakala di kolam renang, pertandingan Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 menyaksikan 4 acara akhir melibatkan atlet negeri Pulau Pinang. Di dalam acara 200m Kuak Dada Wanita, pasukan negeri memperoleh pingat GANGSA, begitu juga untuk 4x100m Gaya Bebas Lelaki di mana kuartet negeri turut memperolehi pingat GANGSA buat kontinjen negeri.

 

Untuk acara 50m Kuak Kupu-Kupu Wanita, atlet Ruth Chua Ai Choo mendapat tempat kedua dan bagi acara 50m Kuak Kupu-Kupu Lelaki atlet Alwyn Tan Yean Yang telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara tersebut bersama-sama dengan pemenang tempat pertama dan kedua dari Selangor. Dengan catatan masa sebanyak 25.34 saat, beliau hanya berjaya meraih tempat ketiga bagi pingat GANGSA berbanding pencabar beliau dengan catatan masa 25.13 saat dan 25.22 saat untuk tempat pertama dan kedua. 



(Dikemaskini pada 2.00PM)

 

Pasukan Menembak Pulau Pinang berjaya memungut EMAS pertama Negeri Pulau Pinang di dalam sukan tersebut pada hari ini bagi acara 10m Air Rifle (Lelaki) Berpasukan di Lapang Sasar Genting Kabu.

(Dikemaskini pada 1.50PM)

Pindaan Jadual : Sukan Olahraga acara 200meter wanita ditukar ke 1/6/2014 pada hari Ahad.

(Dikemaskini pada 10.44 pagi)

  

  

Kontinjen Negeri mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan dan sains sukan negeri Pulau Pinang (dari Klinik Sejahtera USM, Klinik IPPT USM dan ISNPP) yang telah menyediakan perkhidmatan rawatan serta perubatan kepada atlet-atlet Pulau Pinang sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia XVII Perlis 2014. 

(Dikemaskini pada 8.00 pagi) 

Jadual Pertandingan pada hari ini.

  • Badminton (9.20 pagi hingga 10.20 pagi)
  • Berbasikal (9.30 pagi hingga 11.00 pagi)
  • Hoki Wanita (4.30 petang hingga 5.45 petang)
  • Hoki Lelaki (3.00 petang hingga 4.15 petang)
  • Lawn Bowls (8.00 pagi hingga 6.30 petang)
  • Memanah (9.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Menembak (9.00 pagi hingga 10.00 pagi)
  • Olahraga (9.00 pagi hingga 6.30 petang)
  • Perahu Layar (10.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • Petanque (8.30 pagi hingga 10.30 pagi)
  • Renang (8.30 pagi hingga 4.30 petang)
  • Sepak Takraw Antara Pasukan (12.00 tengahari)
  • Taekwondo (9.00 pagi hinnga 1.00 petang)
  • Tenis (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
  • Tenpin Boling (9.00 pagi hingga 8.30 malam)
  • Tinju (3.00 petang hingga 5.00 petang)

 

30 MEI 2014 (HARI JUMAAT)

 

KEDUDUKAN TERKINI NEGERI PULAU PINANG PADA TANGGA 5/15   (Kemaskini 10.06PM)
 KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
 Karate 8 1 5 14
 Skuasy  1 - 1 2
 Angkat Berat 1 2 - 3
 Sepak Takraw 0 2 1 3
 Pencak Silat 1 1 - 2
 Renang Akuatik 1 - 3 4
 Olahraga 2 - 2 4
 Boling Padang (Lawn Bowls) - 1 - 1
 Memanah 1 2 2 5
 Tenis - - 1 1
 Badminton - 1 - 1
 Petanque - - 1 1
JUMLAH 15 10 16 41

(Dikemaskini pada 10.06PM)

 

Pasukan Sepak Takraw Regu Dua Lelaki telah berjaya memenangi pingat PERAK di dalam pertandingan akhir yang berlangsung sebentar tadi. Pasukan Negeri Pulau Pinang tewas kepada pasukan daripada Wilayah Persekutuan yang bermain dengan baik pada malam ini. 

 

 

Selain itu, pasukan badminton lelaki juga hanya meraih pingat PERAK setelah ditewaskan oleh Selangor dengan keputusan 2-3.

Manakala di Stadium Tuanku Syed Putra, atlet Pulau Pinang Muhammad Ediasyamin bin Ediasmizul telah memenangi pingat GANGSA untuk acara Dekathlon Lelaki. 


(Dikemaskini pada 6.40PM)

Atlet Renang Alwyn Tan Yean Yang menambah koleksi pungutan pingat beliau apabila memenangi pingat GANGSA sebentar tadi di dalam acara renang 200m Individual Medley.

(Dikemaskini pada 6.30PM)

 

 

Terima kasih pasukan sorak Pulau Pinang - "PENANG ULTRA'S PANTHER JUNIOR". Andalah yang terbaik dan penyengat sensasi kepada atlet-atlet negeri Pulau Pinang. Hujan atau Panas anda tetap berada di medan pertandingan untuk berjuang bersama Kontinjen Negeri. THANK YOU PANTHERS JUNIOR.

(Dikemaskini pada 6.15PM)

Pasukan Sepak Takraw Regu Dua Lelaki telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir yang akan berlangsung pada malam ini, jam 8.30PM bertempat di Dewan Kangar 2020. Pasukan ini telah menewaskan negeri Perlis di pertandingan peringkat separuh akhir tadi dengan kiraan mata (2) berbalas (1). 

(Dikemaskini pada 6.10PM - Rakaman Lensa di Lokasi Pertandingan Perahu Layar di Tasik Timah Tasoh)


Rakaman Lensa di Kolam Akuatik 

 


(Dikemaskini pada 6.05PM)

Pasukan Memanah bagi acara 30m Recurve Wanita juga telah menyerikan kem kontinjen negeri apabila Nur Nasehah binti Rusli memenangi pingat EMAS pada hari ini. 

(Dikemaskini pada 6.00PM)

 

 

 

Penguasaan Kontinjen Negeri di Stadium Tuanku Syed Putra pada hari ini telah berjaya menyaksikan atlet Pulau Pinang iaitu Zaidatul Husna muncul sebagai Ratu Pecut Malaysia dengan kejayaan beliau memenangi pingat EMAS bagi acara Larian 100 meter Wanita dengan catatan masa sebanyak 12.15saat. Manakala kembar beliau, Zaidatul Husna muncul sebagai pemenang ketiga terpantas dengan catatan masa 12.33saat untuk meraih pingat GANGSA buat dirinya. 

(Dikemaskini pada 2.08PM)

Kelayakan di peringkat akhir pada petang ini. Sama-samalah kita mendoakan agar kemenangan dapat dicapai oleh atlet-atlet negeri Pulau Pinang untuk menambah pungutan pingat EMAS kepada Kontinjen. 

Renang - 50m Backstroke &200m Backdroke Individu Lelaki, 200m Freestyle, 50m Breastroke & 4 x200m Freestyle Relay Lelaki dan Wanita pada jam 4.30 petang.

Sepaktakraw : Regu Dua Lelaki akan berlangsung pada jam 4.00 petang

Olahraga : 100m Wanita Akhir pada jam 3.30 petang

Badminton : Berpasukan Lelaki Akhir pada jam 4.00 petang


(Dikemaskini pada 2.00PM)

Skuasy Wanita Berpasukan memenangi sebutir pingat GANGSA pada hari ini. Kemenangan diperolehi dengan keputusan 2-1 menewaskan negeri Selangor. 

(Dikemaskini pada 12.50AM)

Jadual Pertandingan pada hari ini.

  • 9.00 pagi hingga 5.00 petang - Lawn Bowl Men & Women Pairs and Women Triples
  • 4.45 petang - Hoki Lelaki (PP vs Wilayah Persekutuan)
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang - Memanah
  • 9.00 pagi hingga 10.00 malam - Tenpin Bowling
  • 8.30 pagi hingga 6.00 petang - Petanque
  • 4.00 petang - Badminton Berpasukan Lelaki (PP vs Selangor)
  • 10.00 pagi - Berbasikal 200m Sprint Wanita dan Lelaki
  • 8.30 pagi hingga 8.00 malam - Sepak Takraw Regu Dua & Regu Tiga Lelaki
  • 3.00 petang - Tinju (PP vs Negeri Sembilan)
  • 9.00 pagi - Skuasy Berpasukan Wanita (PP vs Selangor)
  • 9.00 pagi - 10.00 pagi - Menembak
  • 4.00 petang - Bola Sepak (PP vs Kedah)
  • 2.30 petang - Angkat Berat 77kg Lelaki
  • 10.00 pagi hingga 2.45 petang - Perahu Layar
  • 8.30 pagi - 6.00 petang - Renang

 

29 MEI 2014 (HARI KHAMIS)

 

KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
Karate 8 1 5 14
Skuasy  1 - - 1
Angkat Berat 1 2 - 3
Sepak Takraw 0 1 1 2
Pencak Silat 1 1 - 2
Renang Akuatik 1 - 1 2
Olahraga 1 - - 1
Boling Padang - 1 - 1
Memanah - 2 1 3
JUMLAH 13 8 8 28

(Dikemaskini pada 11.30PM)

Sukan Memanah yang bermula pada hari ini telah berjaya memungut 2 butir pingat PERAK melalui acara 70m Recurve Wanita dan 60m Recurve Wanita. Tempat ketiga untuk acara 60m Recurve Wanita turut disandang oleh atlet Negeri Pulau Pinang pada masa yang sama. 

(Dikemaskini pada 6.33PM)

 



Atlet Alwyn Tan Yean Yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang pingat EMAS bagi acara renang 100M Freestyle Lelaki di Kolam Akuatik Kompleks Sukan Negeri, Kangar. Manakala sebutir pingat Gangsa turut diperoleh oleh atlet renang Gan Xin Jie dalam acara 100m Breastroke wanita.

Kutipan EMAS turut dibuat di Stadium Tuanku Syed Putra apabila atlet Olahraga Calvin Boon Chang Yik menjadi pelari pertama yang melintasi garisan penamat acara Larian 10,000 Meter Lelaki dengan catatan masa 34:38.71 saat.

(Dikemaskini pada 3.38PM)

 

Sukan Renang yang mula berlangsung pada hari ini telah ditangguhkan buat sementara waktu berikutan kanvas bumbung di Kolam Akuatik Kompleks Sukan Negeri Kangar telah mengalami kerosakan akibat hujan lebat sebentar tadi. 

(Dikemaskini pada 3.10PM)

 

Satu (1) pingat EMAS berjaya dimenangi olet atlet Silat Pulau Pinang melalui Ahmad Fadhli Bin Hosni dalam acara Putera D dengan kejayaan 5 - 0 mengatasi Wilayah Persekutuan. 

(Dikemaskini pada 1.00PM - Kenyataan Media oleh YB Chong Eng - EXCO Belia & Sukan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang diatas kejayaan Pasukan Karate Pulau Pinang)

   

(Dikemaskini pada 10.35AM - Rakaman Lensa Kejayaan Pasukan Pulau Pinang dan Majlis Makan Malam Rasmi)

 

 

(Dikemaskini pada 10.30AM)


Pertandingan pada hari ini.

  • 10.30 pagi - Lawn Bowls perseorangan lelaki separuh akhir
  • 8.30 pagi & 2.30 petang - Pencak Silat Final
  • 8.45 pagi - Hoki Wanita Pulau Pinang vs Kedah (Peringkat Awal)
  • 9.00 pagi - 4.00 petang - Memanah
  • 9.00 pagi hingga 10.00 malam - Tenpin Bowling Bergu Lelaki dan Campuran
  • 8.30 pagi - Petanque
  • 3.00 petang - Berbasikal 40.1km Ujian Masa Berpasukan Wanita
  • 4.00 petang - Badminton Berpasukan Lelaki
  • 1.00 petang - 5.30 petang - Sepak Takraw Lelaki
  • 3.00 petang - Tinju Suku Akhir
  • 9.00 pagi - Skuasy Berpasukan Wanita
  • 8.30 pagi - Tenis Berpasukan Wanita
  • 8.30 pagi - Renang
  • 10.00 pagi - Perahu Layar
  • 7.30 pagi - 10.00 malam - Olahraga


(Dikemaskini pada 1.00 AM)

Sessi Mesyuarat Pengarah Bersama Urusetia Pusat, Urusetia Perkampungan, Pasukan Perubatan dan Pegawai Pembangunan Sukan MSNPP sebentar tadi. 



 

28 MEI 2014 (HARI RABU)

 

KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
Karate 8 1 5 14
Skuasy  1  - 1
Angkat Berat 1 2 - 3
Sepak Takraw - 1 1 2
JUMLAH 10 4 6 20

(Dikemaskini pada 12.00AM)

 

Pasukan Sepak Takraw Regu Tiga Wanita Pulau Pinang telah berjaya memenangi pingat PERAK dalam acara tersebut dimana mereka diatasi oleh pasukan negeri Sabah yang lebih berpengalaman dan mantap menerusi pemain kebangsaan. Walau pun tidak berpengalaman, syabas dan tahniah kepada pasukan ini yang berjaya menyengat lain-lain pasukan yang bertanding sehingga melayakkan diri ke peringkat akhir. 

Selain itu, sebutir pingat GANGSA turut berjaya dimenangi oleh pasukan Regu Dua Wanita Pulau Pinang di Dewan 2020, Kangar pada petang ini. Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw Wanita yang berjaya mengatasi segala rintangan sehingga berjaya memenangi pingat kepada Kontinjen Negeri Pulau Pinang. 

(Dikemaskini pada 7.19PM)

Pasukan Sepak Takraw Regu Tiga Wanita telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 yang akan berlangsung pada malam ini, jam 8.30PM untuk bertemu dengan Negeri Sabah. Berikanlah sokongan anda kepada pasukan Pulau Pinang untuk memungut pingat emas pertama di dalam acara Sepak Takraw.....Haria Penang Haria

(Dikemaskini pada 6.10PM

Al-Fatihah kepada Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah dan salam takziah kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Kontinjen Negeri Perak di Sukan Malaysia XVII Perlis 2014.

(Dikemaskini pada 2.42 PM) - Sessi Motivasi oleh Pengarah MSN kepada Atlet-Atlet Memanah

 

(Dikemaskini pada 2.30PM) - Rakaman Lensa Kejayaan Atlet Angkat Berat dan Penyokong Pulau Pinang

  


(Dikemaskini pada 2.17PM) - Rakaman Lensa Sekitar Venue Pertandingan

 

 

 

 

(Dikemaskini pada 2.03PM)

 

 

Kontinjen Negeri pada hari ini telah mendapat maklum bahawa atlet berbasikal Kebangsaan Kimberly Yap, pemenang pingat EMAS berganda Sukan Sea  telah terlibat dengan kemalangan jalanraya di Lingkaran Penchala, Kuala Lumpur pada 8.45 pagi ini semasa menjalani sessi latihan. Beliau kini sedang dirawat di Hospital Universiti Malaya. Keadaan beliau adalah stabil walaupun belum menyedarkan diri. Tiada lain-lain kecederaan atau patah anggota dilaporkan.  Laporan Media boleh didapati di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/28/accident-Kimberly-Yap/

Seluruh Kontinjen Negeri Pulau Pinang dan warga sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang berada di Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 mendoakan agar beliau cepat sedar dan pulih sepenuhnya untuk menggalas cabaran Negara. 

(Dikemaskini pada 10:30AM)

Persaingan Pulau Pinang pada hari ini di Kangar, Perlis akan melibatkan acara-acara seperti berikut:-

  • 8.00 pagi - Bola Sepak Keputusan : (Pulau Pinang (4) vs Melaka (0)
  • 10.00 pagi - Angkat Berat Akhir 48kg Wanita dan Akhir 62kg Lelaki
  • 9.00 pagi hingga 7.00 petang - Badminton
  • 4.45 petang - Hoki Lelaki diantara Pulau Pinang vs Selangor
  • 2.00 petang hingga 6.30 petang - Lawn Bowls Peringkat Awal
  • 9.00 pagi hingga 10.30 pagi - Skuasy Berpasukan Wanita dan Lelaki
  • 9.00 pagi hingga 10.00 malam - Tenpin Boling Perseorangan Lelaki dan Bergu Wanita
  • 3.00 petang - Tinju 49kg, 56kg, 60kg
  • 8.30 pagi - Tenis Lelaki dan Wanita
  • 8.30 pagi hingga 11.30 pagi - Sepak Takraw Regu Dua Wanita dan Regu Tiga Wanita
  • 8.30 pagi hingga 10.30 pagi - Petanque Shooting Lelaki dan Wanita 
27 MEI 2014 (HARI SELASA)

 

KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
Karate 8 1 5 14
Skuasy  1  - 1
Angkat Berat 1 2 - 3
JUMLAH 10 3 5 18

(Dikemaskini pada 7:25PM)

Sukan Angkat Berat pada hari ini telah menyumbangkan sebutir pingat EMAS yang dimenangi oleh atlet Zulhelmi Bin Md Pisol menerusi acara Clean & Jerk tidak melebihi 56kg Lelaki yang berjaya mengangkat bebanan seberat 135kg menewaskan lain-lain pencabar. Beliau turut menambah sebutir pingat PERAK dalam acara Snatch bagi kategori tidak melebihi 56kg. Sebutir pingat perak turut berjaya diperolehi menerusi sukan yang sama pada hari oleh atlet Mohamad Harith Lutfie bin Adnan untuk kategori Clean & Jerk tidak melebihi 52kg Lelaki di IKBN Perlis pada petang tadi. 

(Dikemaskini pada 11:58AM)

Atlet Wanita Karate Kumite 84kg juga menyumbang sebutir pingat EMAS terbaru Pulau Pinang. Penguasaan penuh pasukan lelaki dan wanita Karate Pulau Pinang menggegarkan bumi Perlis Indera Kayangan. 

(Dikemaskini pada 11:44AM)


Atlet Karate Kumite 84kg telah menambah sebutir pingat EMAS buat Kontinjen Negeri Pulau Pinang yang sekaligus menandakan penguasaan penuh pasukan Karate Pulau Pinang di Dewan Kolej Matrikulasi Arau sebentar tadi. Manakala sebutir pingat GANGSA juga dimenangi oleh Atlet Lee Shin Yee melalui acara Kumite Wanita 68kg.

(Dikemaskini pada 9:59AM - Lensa Majlis Perasmian pada 26 Mei 2014)

 

 

 

 

 


(Dikemaskini pada 9:30AM)

Persaingan Pulau Pinang pada hari ini diteruskan selepas Majlis Perasmian yang diadakan kelmarin di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:-

  • 8.00 pagi hingga 6.30 petang - Lawn Bowls di Gelanggang Boling Padang (KSN), Kangar
  • 8.30 pagi hingga 9.00 pagi - Pencak Silat Separuh Akhir Putera D & Putera A
  • 9.00 pagi hingga 5.30 petang - Skuasy Berpasukan Lelaki dan Wanita (Peringkat Awal)
  • 9.00 pagi hingga 12.00 t/hari - Karate Do Kumite Lelaki dan Wanita Peringkat Awal dan Akhir
  • 9.00 pagi hingga 10.00 malam - Tenpin Bowling Perseorangan Wanita & Lelaki Peringkat Awal
  • 2.30 petang - Tinju Peringkat Awal
  • 3.00 petang - Hoki Lelaki dan Wanita Peringkat Awal
  • 7.00 petang - Badminton Berpasukan Lelaki Peringkat Kumpulan
  • 8.30 pagi dan 2.30 petang - Tenis Berpasukan Lelaki dan Wanita Peringkat Kumpulan
  • 8.30 pagi hingga 9.30 malam - Sepak Takraw Regu Tiga & Regu Dua Wanita
  • 9.00 pagi hingga 2.30 petang - Angkat Berat 

 

26 MEI 2014 (HARI ISNIN)

 

KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
Karate 6 1 4 12
Skuasy 1     1

(Dikemaskini pada 4:00 PM)

Semua permainan pada sebelah petang ditangguhkan untuk Majlis Perasmian yang akan dilangsungkan pada jam 8:00 malam ini di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis. 


(Dikemaskini pada 11:12 AM)

 

Sebutir EMAS tambahan buat Negeri Pulau Pinang di pertandingan akhir Sukan Skuasy Wanita Individu melalui kemenangan Atlet Vanessa Raj yang menewaskan Wilayah Persekutuan Rachel Arnold dengan keputusan 3-2. 

(Dikemaskini pada 1:18 AM)


Nantikan keputusan akhir Sukan Skuasy Wanita dimana Pulau Pinang akan bertemu dengan Wilayah Persekutuan untuk penentuan juara individu wanita pada jam 10:00 pagi.

Majlis Perasmian Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 akan berlangsung pada hari ini, 26 Mei 2014 bertempat di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis mulai jam 8.00 malam. Saksikan siaran langsung perasmian di saluran TV1.

 

25 MEI 2014 (HARI AHAD)

(Dikemaskini pada 8:50 PM) 

KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
Karate 6 1 4 11

(Dikemaskini pada 7:59 PM)

 

Ayuh! Rakyat Malaysia dan Warga Sukan - berikan sokongan anda yang tidak berbelah-bagi kepada pasukan THOMAS CUP Malaysia yang memburu impian untuk membawa pulang Thomas Cup ke Malaysia. Saksikan siaran langsung di RTM 1 atau saluran Astro 801. 

(Dikemaskini pada 7:45PM)

Pungutan pingat GANGSA ke-4 negeri Pulau Pinang diperolehi menerusi atlet Doreen Khor dalam acara Karet Kumite Wanita 61kg. Ini menjadikan keseluruhan pungutan pingat pasukan Karate Pulau Pinang sebanyak 6 EMAS, 1 PERAK, 4 GANGSA. 

(Dikemaskini pada 4.11PM)

Pencarian EMAS oleh pasukan Karate Pulau Pinang semakin hangat apabila acara Kumite Lelaki 75kg yang diwakili oleh atlet Leveneswaran a/l Asaithamby berjaya memenangi pingat EMAS ke-6 buat Kontinjen Negeri Pulau Pinang di Sukan Malaysia XVII Perlis 2014. 

(Dikemaskini pada 3:20PM)

Atlet Lai Suk Ching menyumbang sebutir lagi pingat GANGSA kepada pasukan Karate Pulau Pinang menerusi acara KUMITE Wanita 55kg. 

(Dikemaskini pada 1:00 PM)

 

Pasukan Karate KATA Lelaki dan Wanita pada pagi ini telah menambah pungutan 2 lagi pingat EMAS kepada Kontinjen Negeri Pulau Pinang di Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 bertempat di Kolej Matrikulasi Arau. Secara keseluruhan, pasukan Karate Pulau Pinang telah menyumbang 5 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa pada hari ketiga pertandingan SUKMA berlangsung. Tahniah kepada Karate.

24 MEI 2014 (HARI SABTU)

 

KUTIPAN PINGAT NEGERI PULAU PINANG EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
Karate 3 1 2 6

(Dikemaskini pada 11:40PM)

 

 

 

 

(Dikemaskini pada 5.50PM)

 

EMAS ketiga Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh atlet Priyashankari a/p Hari Sankar melalui acara Karate Kumite Wanita 45kg manakala sebutir pingat PERAK telah dimenangi oleh atlet Wong Yie Hang menerusi acara Karate Kumite Lelaki 67kg sebentar tadi. 

(Dikemaskini pada 4:20PM)

 

 

 

Kontinjen Negeri Pulau Pinang pada hari ini telah berjaya memungut pingat EMAS yang pertama dan EMAS yang kedua pertandingan Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 menerusi Sukan Karate. Pingat emas pertama negeri yang merupakan emas pertama Sukan Malaysia XVII diperolehi menerusi acara KATA Karate Individu Lelaki oleh atlet Hoe Thomson dengan kiraan mata 5-0 menewaskan Chun Jet San negeri Johor. Manakala pingat emas kedua negeri yang juga diperolehi menerusi acara KATA Karate Individu wanita oleh atlet Celine Lee Xin Yee yang juga berjaya menewaskan negeri Johor dengan pungutan mata 5-0. 

2 pungutan pingat GANGSA juga dimenangi pada hari yang sama menerusi sukan Karate dibawah KUMITE Individu Lelaki 60kg oleh atlet Jonathan Chin Yong Liang dan KUMITE Individu Wanita 50kg oleh atlet Amelia Christine Ngooi Su Yen yang juga merupakan pingat pertama yang berjaya dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pulau Pinang.