Bagaimana untuk bermain Bola Keranjang?

Apakah itu Bola Keranjang?

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih Pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bakul atau gol ini asalnya merupakan bakul buah-buahan yang dipasang pada ketinggian lebih kurang 3 meter.

Pada tahun 1906 gelung besi pula digunakan. Ini diikuti dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola.

Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Pasukan Amerika Syarikat menjuarai acara ini pada setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1972. Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh orang British.

 

Cara Bermain Bola Keranjang

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.

Permulaan untuk permainan bola keranjang ialah dengan lontaran bola di tengah-tangah gelanggang oleh pengadil. Caranya ialah dua orang permain, seorang daripada kedua-dua pasukan berdiri di tengah-tengah bulatan tengah gelanggang dengan kaki berada di gelanggang sendiri. Pengadil akan melambung bola ke atas di antara kedua-dua permain untuk direbut, Sebaik sehaja bola dilambung ,kedua-dua pemain ini akan berusaha menampar bola kepada rakannya. Mereka tidak dibenarkan menangkap bola daripada lontaran pengadil ini. Pemain-pemain lain hendaklah berada di luar seperuh bulatan masing-masing.

Tujuan atau Objektif Permainan

Untuk membolehkan sesuatu bola keranjang dimainkan , pemain, bola dan gelanggang adalah perlu.tujuan atau objektif permainan bola keranjang ialah mendapat jaringan gol sebanyak mungkin dan mampu melebihi jaringan yang dipungut oleh pasukan lawan. Pada masa yang sama, sebuah pasukan itu akan berusaha pula menghalang pasukan lawan daripada melakukan jaringan. Dalam permainan bola keranjang, pasukan yang membawa atau menguasai bola disebut sebagai pasukan penyerang, manakala pasukan yang kehilangan bola atau berusaha merampas bola itu daripada pihak lawan di panggil sebagai pasukan bertahan. Dalam usaha mendapatka bola sering berlaku perebutan bola yang menjadi permainan itu lebih menarik dan kadangkala mendebarkan. Dalam permainan bola keranjang, pergerakan pemain dan bola adalah pantas. Dalam masa yang singkat sahaja, bola bergerak dari hujung gelanggang ke hujung gelanggang yang lain. Setiap kali bola berjaya di jaringkan pasukan lawan akan memulakan perlawanan tidak kira berapa jumlah gol yang diperoleh dengan cara melontar bola dari belakang garisan belakang kawasannya.

Masa Permainan

Walaupun tempoh atau masa permainan ditetapkan, tetapi masa permainan masih boleh berubah. Ini bergantung kepada peringkat umur pemain. Pemain belasan tahun, tempoh permainannya adalah empat pusingan. Setiap pusingan mempunyai lapan minit dengan masa rehat sepuluh minit. Pemain pada peringkat umur lebih dewasa, tempoh permainan ialah dua pusingan dengan 20 minit setiap pusingan dengan 20 minit dengan rehat selama 15 minit diberikan antara pusingan kedua dan puasingan ketiga. Setiap kali wisel dibunyikan, untuk sesuatu kesalahan, jam randik akan diberhentikan dan masa permainan akan dikira semula setelah permainan bermula. Oleh yang demikian tempoh masa sebenar permainan ini ialah 40 minit seperti yang telah ditetapkan. Penjaga masa

akan menentukan masa permainan sebenar dan akan menyembunyikan isyarat atau wisel lain untuk menandakan tamat sesuatu tempoh masa permainan.

Permulaan Permainan

Untuk menentukan pasukan yang mana akan memulkan perlawanan pengadil akan membuat undian dimana pengadil akan melambungkan duit syiling atau alternatif lain yang dipersetujui. Permulaan bola keranjang ialah dengan membuat lontaran di tengah-tengah gelanggang oleh pengadil. Kedua-dua pasukan akan cuba mendapatkan bola yang dilambung oleh pengadil dengan cara menepis bola itu kepada rakan yang sudah bersedia menerima bola. Apabila bola sudah disenuh oleh mana-mana pemain, bermulalah permainan bola keranjang. Pemain akan berusaha menguasai bola untuk digerakkan kepada rakan dan matlamat akhirnya ialah untuk menjaringkan gol. Dalam hal ini pemain boleh mengelecek atau melantun bola atau terus menghantar bola itu kepada rakan. Pemain boleh mengelecek dan melantun dengan menggunakan mana-mana tangan. bagaimanapun pemain tidak boleh melantun semula bola itu setelah pertama kali mengelecek. Bola masih dalam permainan selagi pengadil tidak membunyikan wisel untuk kesalahan. Pergerakan yang pantas ini memerlukan pemain memerlukan kecergasan yang tinggi.