Sukan Massa
> Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Salinan Kalender Sukan Untuk Semua Tahun 2016
Berkonsepkan membentuk “Gaya Hidup Sihat dan Aktif ke Arah Komuniti Berharmoni”, Kerajaan Negeri di bawah MMK Belia dan Sukan bersama dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan Persatuan-Persatuan Sukan Negeri telah melaksanakan pelbagai program-program sukan berbentuk komuniti untuk penyertaan masyarakat di negeri Pulau Pinang.
Bermula pada tahun 2008, MMK Belia dan Sukan telah memperkenalkan Kalender "Penang Participative Sports - Calender of Events" yang merangkumi pelbagai acara sukan jenis larian, berbasikal, sukan bermotor, sukan air, aktiviti mendaki bukit yang terbuka kepada penyertaan semua lapisan masyarakat termasuk penyertaan peserta dari luar negara.
Pengenalan kepada kalender ini juga telah berjaya mendapat liputan meluas di kalangan anggota-anggota "Tourism Promotion Organization For Asia Pacific" di mana kalender yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri ini telah berjaya memenangi Anugerah “Award of Best Print Advertisement” untuk Penang Calender of Events 2010 & Penang Calender of Events 2011 sebanyak dua tahun berturut-turut semasa Forum Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities di Kota Kinabalu Sabah pada tahun 2009 dan juga di Vladivostok, Russia pada tahun 2010.
Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan telah berjaya menganjurkan lebih daripada 100 program berbentuk penyertaan komuniti.:-
TAHUN |
BILANGAN PROGRAM PENYERTAAN KOMUNITI |
2008 |
11 |
2009 |
23 |
2010 |
37 |
2011 |
30 |
2012 |
20 |
2013 |
24 |
2014 |
22 |
2015 |
19 |
JUMLAH |
186 |
Pelbagai aktiviti di bawah program sukan massa terus dilaksanakan melalui kerjasama diantara MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pejabat Daerah dan Tanah dan Persatuan Sukan Negeri serta lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam bidang sukan berkomuniti.
Penekanan serta halatuju program sukan berbentuk komuniti pada tahun 2016 adalah seperti berikut:-
-
Memberi penekanan terhadap peningkatan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan riadah dan rekreasi sihat.
-
Mewujudkan platform yang sesuai bagi memperbanyakkan penganjuran sukan-sukan berkomuniti riadah serta rekreasi di negeri Pulau Pinang.
-
Menerapkan konsep sukan berkebajikan ("Sports For Charity") dalam meningkatkan kesejahteraan golongan komuniti kelainan upaya.
-
Melahirkan masyarakat AKTIF PENANG diperingkat Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Intipati usaha serta sasaran pelaksanaan program sukan pada tahun ini didokong dengan harapan untuk menjadikan program-program sukan komuniti negeri Pulau Pinang ini lebih mesra dan lebih bermakna untuk membantu badan-badan berkebajikan khususnya yang melibatkan kesihatan mental dan minda.
Sepanjang tahun 2016, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui kerjasama MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan program-program sukan berkomuniti seperti berikut:-
BIL |
PROGRAM / AKTIVITI |
TARIKH |
1 |
Gelugor Power Run 2016 |
31 Januari 2016 |
2 |
Cross Channel Swim 2016 |
19 Mac 2016 |
3 |
MWE Commercial Cup Basketball Championship |
15 – 17 April 2016 |
4 |
Walk for Tech Dome 2016 |
30 April 2016 |
5 |
World Hoops FIBA 3x3 World Your Qualifier Penang 2016 |
7 Mei 2016 |
6 |
Malaysia ECO-Run 2016 |
12 – 15 Mei 2016 |
7 |
Pertandingan Senamrobik Massa 2 Jam 2016 |
15 Mei 2016 |
8 |
Family Campaign “Ride for Mom & Dad 2016” |
29 Mei 2016 |
9 |
U12 Butterworth Hockey Cup |
29 Mei 2016 |
10 |
Klinik Bolasepak Dr. Norlela Ariffin |
29 Mei 2016 |
11 |
Lions Climb for Green 2016 |
5 Jun 2016 |
12 |
Komtar Tower Run 2016 |
5 Jun 2016 |
13 |
The 1st Malaysia Open Memory Championship 2016 |
11 & 12 Jun 2016 |
14 |
Soccer 7th Tournament 2016 |
21 Jun 2016 |
15 |
Butterworth Run 2016 |
10 Julai 2016 |
16 |
BM Run 2016 |
30 Julai 2016 |
17 |
Larian Amal SCI Peace Run 2016 |
31 Julai 2016 |
18 |
Round the House Relay 2016 |
14 Ogos 2016 |
19 |
Penang Hill Heritage Forest Challenge 2016 |
21 Ogos 2016 |
20 |
KWYP City Run 2016 |
21 Ogos 2016 |
21 |
FMM OCBC Walk & Cycle 2016 |
28 Ogos 2016 |
22 |
Delta Eco Night Run 2016 |
30 Ogos 2016 |
23 |
Youngsters 3x3 Streeball Challenge 2016 |
30 Ogos 2016 |
24 |
Sukan Komuniti SPT 2016 |
10 September 2016 |
25 |
Skimboarding Peringkat Antarabangsa ke-10 Pulau Pinang |
16 September 2016 |
26 |
Program Berbasikal PCC Interstate Road Ride |
18 September 2016 |
27 |
Colourful Run |
25 September 2016 |
28 |
Virtual Run – Aktif Penang |
8 Oktober 2016 |
29 |
Charity Walk 2016 |
15 Oktober 2016 |
30 |
Sukan Komuniti DTL 2016 |
29 Oktober 2016 |
31 |
Fitness & Wellness Carnival 2016 |
5 & 6 November 2016 |
32 |
Kayuhan Amal Bukit Mertajam 2.0 |
13 November 2016 |
Berkonsepkan matlamat untuk mewujudkan platform kepada masyarakat Pulau Pinang selain mengilhamkan penjenamaan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah bandar sukan yang unggul di Malaysia dan juga di peta dunia secara amnya dilaksanakan secara berterusan, negeri Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi hos penganjur kepada beberapa program bertaraf antarabangsa seperti berikut:-
BIL |
NAMA PERTANDINGAN |
TARIKH / TEMPAT |
1 |
Malaysia Masters Badminton Championship 2016 - Grand Prix Gold |
19 - 24 Januari 2016, |
2 |
Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa |
19 – 29 Oktober 2016, |
3 |
International Weightlifting Federation (IWF) World World Championship 2017 |
- |
4 |
Penang Asia Pacific Master Games 2018 |
- |