LATEST NEWS

Be Active, Be Sportive, Jom Exercise

Sebanyak 120 hadiah yang lumayan bakal menanti pemenang program “Be Active, Be Sportive, Jom Exercise” yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dari 15 Oktober 2021 jam 12:00 pagi hingga 25 Oktober 2021 jam 11:59 malam.

Hadiah-hadiah termasuklah produk sukan dengan tandatangan atlet badminton negara Chan Peng Soon, atlet gimnastik negara Jeremiah Loo Phay Xing serta atlet paralimpik berbasikal negara Nur Azlia Syafinaz yang baru-baru ini telah mewakili negara Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Program “Be Active, Be Sportive, Jom Exercise” ini adalah berlangsung sempena Bulan Sukan Negara pada bulan Oktober 2021.

Program ini adalah terbuka kepada warga Pulau Pinang sahaja dan cara penyertaan adalah mudah. Peserta hanya perlu muat naik gambar atau video ke Facebook sendiri serta tag laman Facebook Sports For All Penang dan Penang State Sports Council, dan seterusnya mengisikan borang Google Form berdasarkan langkah-langkah yang telah ditetapkan (seperti dilampirkan dalam poster program).

Untuk makluman, setiap peserta hanya dibenarkan untuk menyertai program satu kali sahaja bagi memastikan keadilan.

Di samping itu, 1000 peserta awal yang memenuhi syarat adalah layak untuk menyertai sesi cabutan bertuah yang akan diadakan pada 29 Oktober 2021 (Jumaat), jam 8.30 malam melalui laman Facebook Sports For All Penang.

Bagi memeriahkan suasana sepanjang tempoh program ini dilaksanakan, pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga akan menganjurkan sesi perkongsian interaktif pada 16 dan 21 Oktober 2021 bersama dengan pelbagai penggerak industri sukan tempatan.

Sekiranya mempunyai sebarang pernyataan sila hubungi pegawai Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui talian 012-4722807 (Ravichandran) dan 012-5418966 (Corey Chew).

 

Sports For All : Sukan Untuk Semua : Klinik Wushu Untuk Semua


Klinik Wushu untuk semua telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari secara atas talian melibatkan 334 orang peserta.

Klinik ini telah dirasmikan oleh YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Turut bersama menyampaikan ucapan pembukaan adalah Dato' H'ng Ban Choon, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Negeri Pulau Pinang bersama En.Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
 
Para peserta yang menyertai klinik ini telah diperkenalkan dengan asas-asas pergerakan dan langkah seni mempertahankan diri Wushu Taolu dan Wushu Sanda yang merupakan antara sukan yang dipertandingkan di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).
 
Terima kasih atas penyertaan anda semua dan kerjasama daripada 檳州武術龍獅總會 Wushu, Lion and Dragon Dance Association, Penang