LATEST NEWS

CERAMAH POLISI ANTI-RASUAH BERSAMA PERSATUAN SUKAN NEGERI

Satu sesi Ceramah Polisi Anti-Rasuah bersama Persatuan Sukan Negeri telah diadakan pada 24 Mac 2022 di Auditorium A, Komtar anjuran Majlis Sukan Negerj Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selaku badan sukan negeri, ketelusan tatacara pengurusan pentadbiran dan kewangan sememangnya satu usaha yang seharusnya ditambahbaik dari semasa ke semasa agar integriti persatuan sentiasa diutamakan.
 
Ybrs. Encik Harry Chai, Pengarah MSNPP menyampaikan amanat berkenaan dengan kepentingan untuk menegakkan tonggak integriti dalam arena sukan.
 
Oleh tujuan tersebut, ceramah tersebut telah dianjurkan untuk menimbulkan kesedaran serta pengetahuan berkenaan dengan polisi anti-rasuah dan peranan secara bersama selaku badan sukan negeri dalam usaha untuk membanteraskan rasuah di semua peringkat. Pihak MSNPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Aznizam bin Jahari, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM yang sudi bersama untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan kepada semua yang hadir.
 
Tuan Aznizam bin Jahari, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM.
   

PENANG JUNIOR CHAMPIONS SIRI 1/2022

Program Penang Junior Champions (PJC) yang julung kalinya dianjurkan telah berjaya bergerak mulai 8 Januari 2022. Program tersebut telah mendapat sambutan yang cukup baik.

Dengan objektif untuk memperluaskan lagi atlet-atlet muda di peringkat akar umbi dengan memperkenalkan asas-asas sukan, PJC bermatlamat untuk memberikan peluang kepada semua anak-anak muda negeri Pulau Pinang untuk menceburi dan giat aktif dalam aktiviti bersukan. Program tersebut dibahagikan kepada 3 semester setahun. Setiap semester terdiri daripada 12 minggu di mana satu sesi dijalankan setiap minggu selama 1 jam 30 min. Jurulatih yang akan melatih atlet-atlet muda adalah jurulatih dibawah program Penang Junior Coaches yang dilantik oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Dalam siri pertama ini yang telah bermula pada 8 Januari 2022 dan dijangka akan berakhir pada 26 Mac 2022, sebanyak 9 sukan dibuka kepada peserta untuk memilih. Sukan-sukan tersebut adalah sukan badminton, bola jaring, bola keranjang, hoki, olahraga, petanque, sepaktakraw, silambam dan tinju. Semua pelaksanaan program PJC ini adalah mengikut penetapan SOP terkini seperti yang telah diarahkan oleh pihak MKN, KKM dan KBS.

Sukan PetanqueSukan Petanque.

  Sukan Olahraga