Tahniah Atlet-Atlet Team Malaysia di Temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet-atlet negara khususnya kepada atlet-atlet Pulau Pinang yang telah berjaya memenangi pingat untuk Kontinjen Negara di temasya Sukan SEA KL2017.

Sebanyak 21 orang atlet Pulau Pinang telah berjaya menyumbang 22 butir pingat emas daripada sejumlah 145 pingat emas negara yang dimenangi oleh Team Malaysia secara keseluruhannya.

Daripada 92 pingat perak yang dimenangi oleh Kontinjen Negara, 17 atlet Pulau Pinang berjaya menyumbang 13 butir pingat perak dan 11 atlet Pulau Pinang berjaya meraih 7 pingat gangsa daripada sejumlah 86 pingat gangsa yang dimenangi oleh keseluruhan Team Malaysia.

Tahniah Team Malaysia!

Tahniah Juara Dunia Terjun Air - Cheong Jun Hoong

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Penerjun elit kebangsaan Cheong Jun Hoong yang telah berjaya melakar sejarah, menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary.

Penerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.enerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.

Bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata, menurut laman web rasmi Fina; www.fina.org.