Dato' Lee Chong Wei Terima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman


"Saya tidak janji sama ada akan bertanding atau tidak pada kejohanan Olimpik akan datang, Namun boleh saya katakan anugerah yang diterima malam ini membakar semangat saya untuk terus bekerja keras. Banyak faktor harus dilihat seperti umur dan kecederaan lama yang mungkin berulang kembali," katanya.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menyatakan hasratnya untuk bermain buat kali terakhir pada Kejohanan Sukan Asia di Palembang Indonesia dan Sukan Komanwel di Gold Coast Australia tahun depan.

Pada majlis tersebut, pemain badminton itu turut merangkul Anugerah Olahragawan 2016 dan Anugerah Perdana TYT 2016.

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olahragawati 2016 dan menerima piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM3,000.

Selain itu, pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri menerima Anugerah Khas sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan yang diberikan oleh pemain skuad Harimau Kumbang itu dalam bidang bola sepak negara.

Atlet sukan karate Cherleen Cheung dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi daripada sukan sepak takraw muncul sebagai Olahragawati dan Olahragawan Harapan 2016 dan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM2,000.

Bagi anugerah pasukan wanita terbaik dan pasukan lelaki terbaik 2016, masing-masing dimenangi pasukan karate Pulau Pinang, yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM2,500. - Bernama

PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH SUKAN NEGERI PULAU PINANG 2016

Anugerah Perdana TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
- Dato' Lee Chong Wei (Badminton)

Anugerah Olahragawan 2016
- Dato' Lee Chong Wei (Badminton)

Anugerah Olahragawati 2016
- Dato' Nicol Ann David (Skuasy)

Anugerah Tokoh Pemimpin Sukan 2017
- Dato' Seri Haji Ahmad Bin Ismail (Sepaktakraw)

Anugerah Jurulatih Terbaik 2016
- Lim Lee Lee (Karate)

Anugerah Olahragawan Harapan 2016
- Mohammad Syahir Bin Mohd Rosdi (Sepaktakraw)

Anugerah Olahragawati Harapan 2016
- Cherlene Cheung (Karate)

Anugerah Olahragawan Paralimpik 2016
- Yoong Chung Wei (Renang)

Anugerah Olahragawati Paralimpik 2016
- Koh Lee Peng (Renang)

Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik 2016
- Pasukan Karate (Kata) Lelaki

Anugerah Pasukan Wanita Terbaik 2016
- Pasukan Karate (Kata) Wanita


Sumber Berita :  http://www.mstar.com.my/sukan/raket/2017/05/13/chong-wei-atlet-sepanjang-zaman/