PERMOHONAN PERJAWATAN DI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG (TETAP/KONTRAK)

Semua calon yang berminat untuk berkhidmat di bahagian pentadbiran dan kewangan dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang perlu berdaftar melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Sepanjang Masa (e2PSM) di http://e2psm.penang.gov.my/login.php yang merupakan sistem pendaftaran dibawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan/atau melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di http://spa.gov.my 

Manakala, bagi calon yang berminat untuk berkhidmat di bahagian Pembangunan Sukan sama ada sebagai Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Jurulatih Sepenuh Masa, Jurulatih Sambilan, Jurulatih Pembangunan; permohonan pekerjaan secara bertulis perlu dikemukakan terus kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan menyertakan makluman dan butiran seperti berikut:-

  1. Surat Permohonan untuk penjawatan yang dipohon.
  2. Maklumat Biodata Lengkap Peribadi (Resume)
  3. Gambar Terkini Berukuran Passport
  4. Sijil Akademik yang Berkaitan
    • Ijazah / Ijazah Sarjana Muda / Bachelor
    • Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
    • Sijil Pelajaran Malaysia (*Wajib Disertakan*)
    • Penilaian Menengah Rendah
    • Lain-lain dokumen Akademik yang berkaitan (sekiranya perlu)
      > Sijil Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)
      > Sijil Sukan Spesifik
  5. Surat/Sijil Tamat Pengajian & Tamat Persekolahan 
  6. Salinan Sijil-Sijil Sokongan
  7. Salinan Kad Pengenalan Malaysia / Passport (Wajib)

Semua maklumat beserta dokumen-dokumen berikut perlu dihantar kepada :

Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang

Atau/dan melalui penghantaran secara email ke msnpp@penang.gov.my