Piagam Pelanggan


Piagam Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

1. 95% projek fizikal dilaksanakan mengikut jadual (P.01).

2. Merancang, Menyelaras, Memantau Dan Menilai Kajian Sosio Ekonomi Dalam Tempoh Yang Telah Ditetapkan.

3. Urusan Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Dikendalikan Dengan Profesional, Teliti Dan Berkesan.

4. Permohonan Pinjaman Penuntut Diproses Dan Diberi Keputusan Dalam Tempoh Satu (1) Bulan Daripada Tarikh Tutup Permohonan.

5. Permohonan Pendaftaran Rumah Kos Rendah/Rumah Kos Sederhana Rendah Yang Lengkap Diproses Dalam Tempoh Satu (1) Hari Daripada Tarikh Diterima.

6. Maklumbalas Aduan Dikemukakan Dalam Tempoh Lima Belas (15) Hari Dari Tarikh Aduan Diterima.

7. Tuntutan Bayaran Bagi Dokumen Lengkap Dibuat Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Dari Tarikh Penerimaan.

8. Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Disediakan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Mulai Daripada Tarikh Arahan Diterima.

9. Keputusan MMK Dilaksanakan Tidak Lewat Daripada Tujuh (7) Hari Setelah Minit MMK Disahkan.

10. Urusan Dewan Undangan Negeri Dilaksanakan Dengan Cekap, Mengikut Jadual Dan Tarikh-Tarikh Penting Yang Ditetapkan.

11. Jawapan Terhadap Permohonan/Urusan Perkhidmatan Sumber Manusia Yang Lengkap Diproses Dan Diberikan Keputusan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Dari Tarikh Penerimaan.