Seminar Pengurusan Sukan MSNPP 2017

Seminar Pengurusan Sukan bertemakan Pengurusan Efektif ke arah Kecemerlangan Prestasi,  Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 2017 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 20 hingga 22 Oktober 2017 bertempat di Pusat Konvensyen 33, Kompleks Prangin Mall, Pulau Pinang. Ianya telah dihadiri oleh seramai 145 peserta terdiri dari wakil persatuan sukan negeri, jurulatih sukan negeri, universiti dan kolej pengajian tempatan, jabatan dan agensi sukan negeri beserta pegawai-pegawai sukan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Antara ucaptama seminar ini terdiri dari Dr. Michel Gagne, Y.Bhg Dato' Low Beng Choo (Majlis Olimipik Malaysia), Y.Bhg Dato' Sieh Kok Chi (Majlis Olimpik Malaysia), Y.Bhg Dato' Dr. Ramlan Abdul Aziz (ADAMAS), Y.Bhg. Dato' Zaiton Othman (Pesuruhjaya Sukan Malaysia), Encik Suhardi Bin Alias (Majlis Sukan Negara Malaysia) dan Encik Peter Chee Nyuk Min.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Chong Eng, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang.  

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja dari Demi Dinamik Sdn Bhd, Yeo Hiap Seng (Yeo's) dan juga Lot 33 Prangin Mall. 

Floorball Lelaki & Wanita Juara Kebangsaan 2017

Tahniah kepada Pasukan Floorball Lelaki dan Wanita Pulau Pinang yang telah menjuarai Kejohaan Floorball Kebangsaan yang telah dianjurkan pada 20 hingga 24 September 2017 betrempat di Kompleks Sukan Educity, di Johor. Pasukan Lelaki berjaya menewaskan pasukan Sabah dengan kemenangan 3-2 manakala pasukan wanita mengatasi Selangor dengan kejayan 8-2 di pertandingan akhir yang berlangsung dengan sengit.