FESKOM 2017 - Kejuaraan Silat Antarabangsa

Saksikan keberlangsungan Kejuaraan Silat Antarabangsa FESKOM2017 sempena Pesta Pulau Pinang yang kini sedang berlangsung di Dewan Silat, Majlis Silat Negeri Pulau Pinang bertempat di Batu Uban, Pulau Pinang. Acara akhir akan berlangsung pada 10 Disember 2017 bertempat di Pesta Pulau Pinang.

Ayuh! meriahkan suasana dan berikan sokongan gemuruh anda kepada atlet-atlet silat negeri dan negara yang bertanding.

Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit - 12 November 2017

Terima kasih kepada atlet-atlet Pulau Pinang, Jurulatih Sukan dan wakil Persatuan Sukan Negeri yang turun bersama-sama dengan para sukarelawan Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir pada 12 November 2017 di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam. #PulauPinangBangkit

Untuk paparan lanjut, layari Facebook MSNPP di https://www.facebook.com/Penang-State-Sports-Council-116767285017637/


 #PENANGBANGKIT

Program “Pulau Pinang Bangkit” adalah sebuah rancangan pasca-bencana Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina, memulih, dan mengembalikan semula Pulau Pinang kesayangan kita kepada keadaan sedia kala sebelum bencana. Keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing dan memastikan mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.

http://www.penangbangkit.com/