LATEST NEWS

Tahniah Juara Dunia Terjun Air - Cheong Jun Hoong

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Penerjun elit kebangsaan Cheong Jun Hoong yang telah berjaya melakar sejarah, menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary.

Penerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.enerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.

Bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata, menurut laman web rasmi Fina; www.fina.org.

Atlet Pulau Pinang beraksi Cemerlang di Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Asia 2017

Pavitra 1

Tahniah kepada Pavitradevi Jayaindraan yang telah berjaya memenangi Pingat Emas serta memecah rekod kejohanan dalam acara merejam lembing di dalam Kejohanan Olahraga Sukan Sekolah Asia 2017 (Athletic Asian Sports School Championship 2017)  yang sedang berlangsung di Singapura pada 15 - 18 Julai 2017. Beliau berjaya mencatat rejaman sejauh 43.96m. Selain itu, Fakriez Bin Fazuri juga pada hari yang sama berjaya memenangi pingat gangsa di dalam acara lontar peluru dengan balingan sejauh 15.30m.

Tahniah dan Syabas dari seluruh warga sukan Pulau Pinang.