Penaja Rasmi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

SOKONGAN DAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN KEPADA MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Menyingkap objektif MSNPP dalam memajukan kepentingan sukan dalam negeri Pulau Pinang dan khususnya untuk mengadakan kemudahan cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat negeri dan daerah. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang memohon bantuan serta sokongan semua pihak untuk menjana sumbangan dana bagi pembangunan atlet-atlet negeri dan juga sumbangan bagi menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan untuk latihan berterusan dan membolehkan penganjuran pertandingan serta kejohanan diadakan dengan selesa.

Sumbangan yang diterima ini akan dimasukkan ke dalam Dana Pembangunan Sukan Atlet-Atlet Negeri Pulau Pinang. Pengecualian cukai pendapatan adalah diberikan kepada Syarikat / Organisasi yang memberi sumbangan.

Selain itu, penyaluran bantuan kepada Persatuan Sukan Negeri Pulau Pinang juga boleh disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Segala pembayaran akan menerima resit pengecualian cukai dan bayaran hendaklah dibuat melalui cek berpalang atas nama “MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG”.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kewangan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di alamat seperti berikut: -

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang

No. Telefon : 04-6593713 / 6593714 / 6593715
No. Faks : 04-6595996


 

TAJAAN KORPORAT UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM PENANG ATHLETE CAREER & EDUCATION (PACE) 2020/2021

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menzahirkan penghargaan kepada agensi-agensi korporat berkenaan yang telah menghulurkan sumbangan kewangan bagi menyokong pelaksanaan program PACE di Negeri Pulau Pinang bagi mendokong pewujudan platform bagi masa hadapan atlet-atlet negeri dari segi pendidikan, kerjaya dan kebajikan. 

Tahun 2020

  • UWC Berhad (RM50,000)
  • Hunza Properties Berhad (RM50,000)
  • Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. (RM50,000)
  • Only World Group Holdings Berhad (RM30,000)
  • Menara Kerjaya Fasteners Sdn. Bhd. (RM25,000)
  • Syarikat Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. (RM25,000)

Tahun 2021

  • Frank Group of Companies (RM100,000)
  • Jin Huo Gold & Jewellery Industries (M) Sdn Bhd (RM50,000)
  • En. Khor Keat Meng (RM50,000)

 

Frank Group of Companies (RM100,000.00)

 

UWC Berhad (RM50,000)

 

Hunza Properties Berhad (RM50,000)

 

Dee Noon Corporation Sdn. Bhd. (RM50,000)

 

Jin Huo Gold & Jewellery Industries (M) Sdn. Bhd. (RM50,000.00)

 

Bold-Pack Industries Sdn. Bhd. (RM50,000.00)

 

Only World Group Holdings Berhad (RM30,000)

 

Menara Kerjaya Fasteners Sdn. Bhd. (RM25,000)

 

Syarikat Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. (RM25,000)