Tahniah & Syabas Jaguh Keirin Dunia

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan seluruh warga sukan Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan syabas kepada  jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang telah mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

 Sumber gambar : www.nst.com.my